Internet tanpa wayar di WIRA DAMAI


Salam alayk.

Baru-baru ini saya agak sibuk menyediakan rangkaian internet dikawasan sekitar rumah saya. Saya mengambil masa untuk menelaah, menjalankan kajian, percubaan dan sebagainya bagi mewujudkan rangkaian internet dengan lebih luas dan stabil. Buat masa ini, saya masih dalam peringkat percubaan. Saya menggunakan wireless router seperti diatas. Namun ada beberapa kawasan masih lagi tidak diliputi oleh rangkaian internet atau masih lemah signalnya. Mungkin saya perlu menyediakan peralatan tambahan seperti antenna, AP, Range extender dan sebagainya.

Konsep yang saya anjurkan ialah akses internet yang jauh lebih murah berbanding yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi lain dan lebih kepada perkongsian talian data. Saya hanya menggunakan Streamyx pada masa ini dan bercadang ingin menaiktaraf bandwith jika mempunyai pengguna internet yang ramai. Setakat ini saya hanya mempunyai seramai 4 orang yang terdiri dari rakan-rakan saya yang pada masa yang sama adalah klien eksperimen saya bagi mewakili sesuatu kawasan liputan.

Walaupun masih dalam proses percubaan, saya sudahpun menerima reaksi yang baik dan juga permintaan sambungan internet tanpa wayar. Alhamdulillah. Perlancarannya mungkin agak lewat kerana saya berseorangan menyediakan perkhidmatan ini. Ditambah pula dengan urusan saya di pejabat dan kerja sampingan saya yang lain. Akibatnya saya mula sakit tulang belakang dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat. Masih terasa hingga sekarang. Doakan kesihatan saya.

Saya harap impian saya untuk mewujudkan liputan internet di kampung ini menjadi kenyataan lebih-lebih lagi jika mampu menyediakan sehingga ke dalam masjid yang terletak lebih kurang 100 meter dari rumah saya. Projek saya ini sudah menelan kos sehingga rm300 dan pasti akan meningkat lagi jika penggunaannya semakin meluas.

Saya mengaplikasikan teknologi MIMO kepada klien saya. Tapi mereka nampaknya terpaksa berbelanja juga untuk menyediakan peralatan tersebut. Walaubagaimanapun, sy tidak menggalakkan mereka untuk membeli peralatan ini. Cuma jika mahukan akses yang pantas sahaja.

Comments

Anonymous said…
salam alaiyk...
wah3,tahniah!!!tp jgn lupa,dgr ckp doktor tue...patotla awk snyap je 2mgu nie..bizi rupanya..hehe..
btw,smoga awk cepat sembuh naaa..amin =)

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita