Mencipta atau mengabaikan potensi?

Semalam aku membaca sebuah posting mengenai kerjaya selepas belajar. Seorang sahabat saya ini telah saya syorkan mengambil kursus khas atau profesional. Memandangkan pengajian kami suatu masa dahulu dalam bidang sains komputer terlalu am, maka ia sangat tidak kompetitif untuk bersaing bersama orang lain yang berada dalam bidang perkomputeran.

Kenapa istilah SANGAT saya tulis disini. Ia merujuk kepada perlambakan bukan sahaja bidang IT, malah semua bidang. Tanya saja siapa yang sedang menganggur ketika ini. Mereka adalah segelintir dari graduan yang telah mencipta potensi tetapi kemudian mengabaikannya. Perkara ini wujud kerana kurangnya kesedaran diantara kita tentang pentingnya persaingan sekarang, dan masa-masa akan datang.

Saya lampirkan perbualan sedetik kami :

sipulan, elok kau amik kursus profesional.
macam Syah, dia dapat jadi programmer java.
dasat tu.
aku syorkan kau buat cmtu.
sebab sn comp ni terlalu am.

so kena la amik yang fokus macam java training program yg Syah buat sebagai contoh.

jawapan dia : java???oh tuhan pecah otak oden.

Disini sudah wujud ketakutan yang entah darimana yang sering membataskan potensi yang besar, membuatkan ia semakin kecil dan terus gelap. Belum ada percubaan, sudah membuat kesimpulan. Inilah boleh dikategorikan sebagai kesimpulan yang membunuh. bak pepatah "Hidup segan mati tak mahu".

Potensi telah dicipta semasa dibangku sekolah lagi dimana saat itu kita dicorakkan sengan pelbagai pengetahuan termasuk pembentukan keperibadian. Dan apabila melangkah kaki ke peringkat pengajian tinggi, skop nya semakin mengecil jika merujuk kepada pembelajaran tetapi membesar dari segi pengalaman hidup dan cara mengadaptasinya. Setiap hari kita ke kelas menelaah pelajaraan yang kemudiaannya kita diuji melalui test, kuiz, peperiksaan dan sebagainya untuk menguji kemampuan kita. Disitu lah potensi mula tumbuh bagai cendawan lepas hujan.

Yang sedihnya sebaik tamat sahaja pengajian, ia semakin diabaikan. Baik pelajaran mahupun keperibadian. Kita sambil lewa dalam meletakkan diri untuk terus bersaing dengan yang lain dan hanya menanti peluang itu datang. Memang rezeki ketentuanNya. Tapi kita sebagai khalifah istimewa haruslah berusaha memperbaiki diri hari demi hari dalam kehidupan sejagat. Marilah kita bersama-sama mewujudkan kembali keagungan empayar Islam yang mahsyur suatu masa dahulu.. InsyaAllah..

*************************************************************************************

Kebelakangan ini saya kerapa memikirkan bagaimana untuk mendapatkan satu hassil yang terbaik untuk diri saya. Saya fikir dan saya buat. Saya gagal tetapi itu bukan nokhtah. Nokhtah hanya pada penulisan ini...

Semalam N dah mula buat dan menulis blog. Leh la baca perjalanan hidup dia lepas ni. Kadang2 kalau kita perasan, blog ni adalah satu dunia lain dalam hidup kita. Dunia yang mana suatu tempat yang kita meluahkan sendiri apa yang ada dalam pemikiran kita. Di tulis sebutir yang tiada dinding untuk dirempuhnya.. Itulah kelebihan manusia. Bersyukurlah...

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita