Posts

Showing posts from September, 2009

Salam Eidulfitri.

Image
Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Tapi Islam tak pernah meninggalkan kita. Pada minggu lepas, aku menghadiri majlis berbuka puasa bersama bekas pelajar semasa menuntut di SEMENTAS. Majlis ini diuruskan oleh Aimi dan rakan2 nya yang lain. Rasa lama sangat tak jumpa semua ni. Kali terakhir adalah pada tingkatan 5 dahulu. Tapi yang sama, sifat kebudak budakan masih tertanam didalam diri semua yang hadir. Mungkin kerana teringat kembali zaman persekolah suatu masa dahulu. Pelajar cina pun turut hadir bersama berbuka puasa walaupun dorang tak puasa. "Kau orang buka puasa ni dah baca niat puasa tak semalam?" Tanya aku dengan nada gurau.. he. Dalam gambar tersebut dari kiri ialah hafiz. Dia ni dah bernikah dah. Tapi nampak muda lagi. Dia datang bersama zaujahnya. Sebelah dia yang berkacamata tu namanya Nasrun. Aku tak sangka yang dia ni anak kepada wartawan melodi iaitu Nas Ahmad. Yang berjanggut tu pula Nasir. Dia ni dari tadika sampai la ke sekolah menengah sama dengan ak...

Ilmu baru

Image
Animasi 3D merupakan satu industri multimedia yang berada di tahap teratas sekali dalam elemen2 yang diterapkan. Seperti yang kita ketahui, elemen multimedia mengandungi imej, animasi dan bunyi. Gabungan ke-3-3 elemen ini bakal membentuk suatu produk multimedia yang hebat. Inilah yang aku pernah pelajarai semasa di bangku kolej suatu masa dahulu. Kita telahpun terpikat dengan satu multimedia drama UpinIpin dan movie Geng yang dihasilkan oleh Team las copaque. Oleh itu, industri ini semakin mendapat perhatian oleh semua pihak. Jika ianya diteruskan, kita tidak lagi dapat menonton artis2 berpakaian seksi dan juga bersentuhan bukan mahram. Selepas seminggu memuat turun perisian bersaiz 2.4Gb, akhirnya pada hari ini aku sempat menginstall perisian Autodesk 3ds Max Design studio. Setelah sekian lama memendam perasaan iaitu dari zaman kolej lagi, pada kali ini aku cuba merealisasikan cita2 aku untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D. Semasa di kolej dahulu, aku mencuba perisian bernam...