Ilmu baru

Selepas seminggu memuat turun perisian bersaiz 2.4Gb, akhirnya pada hari ini aku sempat menginstall perisian Autodesk 3ds Max Design studio. Setelah sekian lama memendam perasaan iaitu dari zaman kolej lagi, pada kali ini aku cuba merealisasikan cita2 aku untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D. Semasa di kolej dahulu, aku mencuba perisian bernama Autodesk maya 3DS. Namun pelajaran sekerat jalan berikutan komputer aku tidak mampu menampung untuk memproses perisian tersebut. Pada kali ini, aku sudah menyediakan keperluan komputer yang mencukupi untuk meneruskan cita2 ini. Cuma pada kali ini aku menggunakan perisian yang terkini supaya sesuai dengan keperluan masakini.
Tengoklah apa yang aku lukiskan tadi. Walaupun tidak menyerupai kepala paip seperti diingini, percubaan pertama ini bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan2 dimasa akan datang. InsyaAllah sedikit demi sedikir pelajaran akan dilanjutkan bagi melancarkan penggunaan perisian ini. Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehnya.
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Raihlah nikmat di malam lailatul qadar yang berada di 10 malam terakhir ini. Semoga kita mendapat tempat di syurga kelak. InsyaAllah...









Comments
Betul, betul, betul...:)