Nama Jalan, Lorong Berlian 6

Kampung Melayu Wira Damai
Setibanya di rumah pada hari rabu minggu lepas, aku ternampak satu papan tanda berwarna biru. Sedikit musykil dan sedikit mempersoalkan. Nama jalan ini sebenarnya sudah lama di cadangkan, cuma pada harini telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selepas ini mudah bagi orang ramai dari luar untuk mencari rumah di sekitar Kampung Melayu Wira Damai. Namun, terdapat satu lagi masalah. Masalah nombor rumah yang masih tidak di gunapakai. Hanya beberapa rumah dari ratusan biji rumah disini tidak mempamerkan no rumah. Keadaan ini masih menjadi satu masalah kepada penghuni sediada yang tidak mempamerkan nombor rumah.

Pekerjaan
Untuk hari ke-3 aku berkeseorangan di pejabat. Hari jumaat yang lepas aku pergi ke pameran minyak dan gas Asia. OGA 2011. Teringat aku yang pc fair juga dibuat disini. Cuma beza pada kali ini adalah syarikat yang membuat pameran semuanya besar2 belaka. Bermacam teknologi kejuruteraan minyak dan gas yang aku tidak tahu disini. Sedikit demi sedikit aku cuba membaca beberapa fliers dan brochure yang ada. Yang menarik, aku banyak melihat syarikat bumiputera yang sedang meningkat naik. Sebagai contoh, Alam maritim, Kencana Petroleum, RAAF, Petra, Kendali AJ dan tak lupa syarikat yang aku kerja iaitu Sapura. Mereka ni menggunakan bahasa Melayu sebagai nama syarikat. Begitu juga aku, menggunakan nama TUNAS Technology sebagai jenama dalam industri teknologi maklumat.


Ziarah keluarga sahabat
Pada hari sabtu lepas, aku, akh aiman, akh jufri dan akh daus pergi bertemu dan berta'ruf dengan keluarga calon zaujah akh daus. Kiranya ini merupakan langkah pertama untuk mengenali keluarga calonnya itu.

Bertempat di Bentong, Pahang, tempat tinggal keluarga tersebut terletak di lereng bukit yang di sekitarnya merupakan tanah perkuburan cina sehinggakan ia kelihatan dari pekan lagi. Suasana nyaman, melintasi sungai jernih, hijau dan mendamaikan. Daerah ini juga, mengingatkan aku kembali kepada arwah Shaufi yang mana disini merupakan kampung halamannya. Aku terdiam dan merenung seketika di sebuah padang bolasepak berhadapan dengan masjid yang mana pernah aku melihat arwah dan seorang lagi sahabat iaitu faizul bermain bola disitu. Aku dan akh jufri duduk ditepi padang, sambil menikmati cendol dan buah-buahan yang dijual di sekitar kawasan itu.

Melihat jam ditangan, semakin menghampiri zohor. Namun tidak kedengaran sebarang bunyi dari masjid. Aku dan akh Juf pun terus pergi ke masjid dan menunaikan solat. Selepas selesai, aku pun menuju keluar namun anak mata aku tertarik dengan satu keadaan. Kelihatan hamba Allah sedang berjemaah, mungkin kerana terlewat mengikuti imam tadi. Comel ku lihat imam ini. Rasanya usia imam ini sekitar 5-7 tahun. Makmumnya juga sebegitu. Berjubah, matanya tunduk dan merenung ke tempat sujud. Subhanallah, comelnya.

Tak comelnya, tiba2 kawan2 dia yang lain datang mengacau. Seorang tarik kopiah, seorang lagi seolah psiko imam tersebut. Kemudian semakin ramai kwn2 nya datang mengacau. Teringat pula masa aku kecil2 dulu, beginilah keadaannya. Aku pun tidak menghalang dan lihat dari jauh galagat tersebut. Ni gambar sebelum. Gambar masa tengah kacau aku tak sempat nak ambil :

Selepas selesai bertemu keluarga tersebut, kami menuju ke tempat perkelahan iaitu sungai Chamang. Inilah agendanya, bertemu keluarga tersebut dan juga rehlah. Kami membawa set bbq kesana. Semua khuatir dengan keadaan ayam yang telah diperam sekian lama, terbiar didalam kereta.

Perjalanan dari masjid mengambil masa sekitar 20 minit melalui jalan berliku-liku disertakan pula dengan keadaan jalan yang sempit dan hampir dengan gaung. Jalan tersebut juga kelihatan sedang dibaik pulih selekohnya. Kelihatan juga bekas tanah runtuh yang menakutkan. Berhati-hati kami menyusui laluan tersebut untuk menikmati air terjun yang hebat diperkatakan sebelum kami merancang kesini.

Kederasan air disana begitu kuat sehingga kan kami dapat menikmati keaslian bunyinya sebaik sahaja tiba disana. Banyak keluarga yang datang beriadah, berkelah di bibir sungai tersebut. Lantas kami menikmati bbq. Kalini, aku jadi tukang masak kerana takut kesihatan tidak begitu mengizinkan untuk menyertai mereka didalam sungai yang dingin itu. Sebenarnya aku merancang agar sihat untuk keluar pada keesokan harinya.

(actually dah masuk hari ke-3 aku tulis posting ni)

Bila mak dan abah nak balik ni..
Aku rindukan saat bersama keluarga..

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita