Obor-obor cinta Bahagian 4
Kini, setiap hujung minggu diisi masa bersama emak membeli belah keperluan untuk majlis perkahwinan nanti. Setiap minggu jugalah, aku menemani emak untuk memilih apa sahaja kehendaknya. Makan, minum, singgah melihat barang. Sebagai seorang lelaki dewasa dan pada masa yang sama amat menitik beratkan penggunaan masa, kasih ibu memadamkan segala rungutan yang cuba membelenggu diri.
Aku harus membiasakan diri, belajar erti kasih sayang. Lebih-lebih lagi kasih ibu yang tak pernah kenal penat lelah mengasuh dan mendidik aku. Sebesar kebaikan mana aku buat untuk ibu, tidak sesempurna ibu mendatangkan kebaikan untuk diriku. Ingin aku menjadi anak soleh agar memberi kebaikan yang haq untuk ibu bapa ku di akhirat kelak.
Untuk menjadi suami yang soleh, bermula dengan perhubungan dengan ibu dan bapa. Baik hubungannya, tercermin akhlak mulia untuk isteri dan keluarga sendiri. Seringkali kita idamkan sebuah keluarga yang bahagia. Ada pula inginkan isteri yang baik, yang solehah sedang diri masih lagi dalam kejahilan.'
Aku sedang melalui saat getir. Seringkali aku memikirkan mampukah aku tempuh ujian ini. Adakah aku sekadar melafazkannya tanpa kerelaan. Sering kali aku mempersoalkan. Namun aku yakin, orang yang berusaha itu Allah akan permudahkan jalan baginya. Tidak usaha, maka tertutuplah jalan itu melainkan dengan kenhendakNya.
*****************************************************************************
Aku baru pulang dari rumah pelanggan wifi. Rumah itu sebaris dengan rumah sahabatku arwah Shaufi. Aku menolak untuk melalui dihadapan rumahnya. Sebak hati ini. Sebelum ini, pastinya akan ku jerit namanya dan berlalu pergi. Tapi kini, dia pergi telah pergi tanpa jeritan aku. Teringat masa-masa silam, saat bersama suka dan duka. Begitu cepat kau pergi.
Comments