Senarai Laman Web Islami


Assalamualaikum wrt.

Mungkin ramai di luar sana tercari-cari dimana atau apa alamat laman web Islami di Malaysia. Saya mengerti, kerana pada mulanya beginilah yang terjadi kepada saya. Mencari-cari dimana kebenaran, mencari jalan permulaan, mencari satu destinasi yang abadi. Dengan sifat Allah yang maha penyayang, dipermudahkan urusan untuk terus menjejaki jalan ke taman-taman syurga. Seperti mana firman Allah swt :

Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Maiidah : 93)

Disini saya kumpulkan Laman Forum/Portal Islami yang ada di Malaysia dan bertahan sehingga ke harini.
  1. Halaqah.Net - sejak 2006
  2. Al-Ahkam - tak pasti
  3. Hanan.Com - sejak 2003
  4. I Luv Islam - sejak 2007
  5. Ukhwah.com - sejak 2003
  6. Murabbi.net - sejak 2010
  7. Paksi.net - sejak 2006
Itu sahaja setakat ini. Kalau sesiapa ada nak kongsi boleh la..

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Harry Porter