Ijab Kabul yang bakal tiba

Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 10 bulan masa berlalu. Aura dia tak sama macam selepas tunang. Aura nak kahwin ni dia lain sikit sebab rasa diri ni mcm belum cukup perfect untuk bergelar seorang suami. Hari pun bakal menjelang tiba, persiapan itu ini.

Bulan syawal lepas, bukanlah bulan yang sesuai untuk kembali kesini. Program tersusun rapat. Ditambah pula dengan pekerjaan yang sudah lari dari tajuk.

Bercerita tentang nak berkahwin ni, memang seronok. Tapi pernah tak kita terfikir apa yang seronoknya. Selalunya orang seronok bila ada isteri sebab nak peluk time tido, nak pillow talk, nak kawal nafsu, makan pakai terjaga, diri lebih terurus. Sebenarnya kita terlupa yang isteri tu adalah amanah dari Allah swt. Persoalannya, sejauh mana kita menghargainya.

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah 2:223)

Seterusnya ialah kalamullah dalam bentuk hikmah bagi yang melaksanakan perintahNya, agar manusia itu mengetahui yang Allah menyalurkan nikmat-nikmat perkahwinan tersebut kepada hamba-hambaNya.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 30:21)

2 ayat ini memperkuatkan alasan bagi persoalan kenapa perlu bernikah. Ada lagi hadith mengenai hikmah perkahwinan yang tidak dipaparkan disini.

Aku ingin menjadi suami yang soleh.

Comments

Anonymous said…
My developer is trying to convince me to move to .
net from PHP. I have always disliked the idea because of the costs.
But he's tryiong none the less. I've been using
Movable-type on a number of websites for about a year and am worried about switching to another
platform. I have heard great things about blogengine.
net. Is there a way I can transfer all my wordpress content into it?
Any help would be really appreciated!

Feel free to surf to my website christian dating

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Harry Porter