Posts

Bila Dahi BErtemu Sejadah

Image
BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, TERASA KASIHNYA YANG MAHA ESA, DALAM SUJUD KEHENINGAN PAGI, MENAGIH KEAMPUNAN ILAHI.. BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, MENGIMBAU AKAN DOSA DAN NODA, ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU, KEMBALI KE JALANMU YA ALLAH... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, TERASA KERDILNYA DIRI, LAHIR DARI SARIPATI YANG HINA, MENGABDIKAN DIRI KEMBALI KE PANGKUANMU... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, HAMBAMU INI BERDOA KEPADAMU, TETAPKANLAH IMAN HAMBAMU INI, BERILAH PETUNJUKMU yang AGUNG, AGAR BISA DIRI INI TAAT KEPADAMU.... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, HATI INI MERINTIH KEHINAAN, MASIHKAH ADA JIHAD DALAM DIRIKU, SAAT SAUDARAKU DIROBEK KEKEJAMAN, ADAKAH aku HANYA MANPU MELIHAT.... SEBELUM DAHIKU BERTEMU SEJADAH, SUJUD MENGHARAP KEAMPUNANMU, HAMPARKANLAH NUR HIDAYAHMU, LUNTURKANLAH KEHINAAN HAMBAMU INI, AGAR BISA KU BERDIRI DIHADAPANMU KELAK, DENGAN PENUH rasa BANGGA MENJADI HAMBAMU YANG KAMIL...........

Jangan Benci Membenci

Image
JANGAN BENCI - MEMBENCI Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua ...

Cinta Umar al-Khattab kepada Rasulullah

Kisah Al-Quran - Siri 55 Cinta Umar al-Khattab kepada Rasulullah NABI itu (hendaklah) lebih utama bagi orang-orang Mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, sesetengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain menurut (hukum) kitab Allah, daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis di dalam kitab Allah. (al-Ahzab: 6) ORANG Islam perlulah mencintai Rasulullah melebihi cintanya kepada dirinya sendiri. Rasulullah pernah bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sebelum kamu mencintai aku lebih daripada kamu mencintai dirimu, hartamu, anakmu dan manusia sekalian.” Pada suatu hari, Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, aku mencintai engkau melebihi segala-galanya kecuali cintaku kepada diriku sendiri.” “Tidak, ya Umar,” ja...

Mimpi Rasulullah SAW

Dari Abdurrahman bin Samurah berkata: Pada suatu hari keluar Rasulullah SAW menemui kami di suatu tempat, baginda berdiri lalu bersabda: “Malam tadi aku bermimpi tenteng suatu keajaiban. Dalam mimpiku itu, aku melihat seorang lelaki dari golongan umatku yang didatangi oleh malaikat maut untuk mencabut nyawanya, maka datanglah amal kebaikan yang dilakukan oleh umatku itu kepada ibunya menolak malaikat maut itu. Aku melihat seorang dari umatku yang akan mendapat seksaan kubur, maka datanglah amal kebaikan dari wuduk yang dikerjakannya, menyelamatkannya dari seksaan tersebut. Aku melihat seorang dari umatku yang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka datanglah amal kebaikan dari zikirnya, maka larilah syaitan-syaitan itu. Aku melihat seorang dari umatku yang akan diseksa oleh malaikat azab, maka datanglah amal kebaikan dari solatnya, lalu menyelamatkannya dari malaikat azab itu. Aku melihat seorang dari umatku yang sedang dalam keadaan kehausan, setiap kali ia akan mendekati suatu pe...

Beringat lah kita

TEMUBUAL dengan penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Amirullah Haji Abdullah mengupas mengenai persoalan pengguna Islam hari ini. Beliau bercakap soal cabaran baru pengguna Islam di Malaysia. 1) Sila jelaskan penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)? Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ditubuhkan pada Jun 1997. Pada tahun 2005, PPIM mendapat anugerah tempat kedua dalam persatuan bukan kerajaan yang aktif di Malaysia. Peranan PPIM ialah memperjuangkan hak dan menyedarkan pengguna yang lain. Setrusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya kepada ekonomi Malaysia. Kita harus peka bukan pekak terhadap produk yang dijual di Malaysia sejauh mana halal dan sucinya produk tersebut. PPIM juga telah membuat jaringan sesama ummah dengan www. bluemosquefater nity. Umat Islam yang berniaga boleh menjual barang di laman web ini namun begitu ada sumpah menjual barangan yang halal serta membeli barangan umat islam sahaja. 2) Bagaimanakah kita bol...

Lihat

Image
Assalamua'laikum warahmatullah hwabarakatuh. Baru-baru ini tersentuh hati melihat iklan yang dibuat oleh Petronas. Mari sama-sama kita menghayati seketika iklan yang ana lampirkan ini.. sajak dari bapa : Kuangkat yang berat tidak sikitpun kukatakan penat, ku timba yang sukar tiada pun aku berhenti, ku lihat yang senang namun aku terpaksa bersusah hanya untukmu ku mahu lihat anakku setia bersamaku, kasihku padanya tidak sikitpun aku susutkan, jiwa, hati, dan tanggungjawabku memimpin kejalan yang benar, jumpa kita di laman syurga.. Kasih sayang seorang ayah yang tak berbelah bahagi. adakah kita membalasnya dengan setimpal? Tepuk dada tanyalah iman.