Posts

Jumpa Antenna

Image
Alhamdulillah.. Selepas beberapa tempoh yang agak padat kalini akhirnya saya mendapat pelbagai jenis penyelesaian dalam membangunkan rangkaian internet wifi di kampung saya ini. Dari pengetahuan yang tiada langsung, dapat dipelajari selok belok walaupun tidak banyak harap dapat dimanfaatkan kepada semua. Langkahan pertama, saya menempah sebuah antena yang tenaganya 10dbi daripada seorang penjual di internet. Meniaga di internet sungguh menguntungkan sebenarnya. Tidak perlu buka kedai urus sewa, elektrik, air mahupun menggaji pekerja yang ramai. Di hujung perbincangan, kami memutus untuk berjumpa di stesen LRT Melati. Sedang menunggu penjual, kawan saya menegur saya dan dia agak terkejut. "poji, cuba kau tengok ni." sambil menudingkan jarinya ke suatu arah. Wajahnya seperti sedang mempersoalkan tentang apa yang dilihatnya."Apa dia. hurm.." saya menjawab semula. Saya terus menoleh dan melihat papan tanda hentian Bas Rapid KL. Pada mulanya agak tidak perasan kerana tul...

Internet tanpa wayar di WIRA DAMAI

Image
Salam alayk. Baru-baru ini saya agak sibuk menyediakan rangkaian internet dikawasan sekitar rumah saya. Saya mengambil masa untuk menelaah, menjalankan kajian, percubaan dan sebagainya bagi mewujudkan rangkaian internet dengan lebih luas dan stabil. Buat masa ini, saya masih dalam peringkat percubaan. Saya menggunakan wireless router seperti diatas. Namun ada beberapa kawasan masih lagi tidak diliputi oleh rangkaian internet atau masih lemah signalnya. Mungkin saya perlu menyediakan peralatan tambahan seperti antenna, AP, Range extender dan sebagainya. Konsep yang saya anjurkan ialah akses internet yang jauh lebih murah berbanding yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi lain dan lebih kepada perkongsian talian data. Saya hanya menggunakan Streamyx pada masa ini dan bercadang ingin menaiktaraf bandwith jika mempunyai pengguna internet yang ramai. Setakat ini saya hanya mempunyai seramai 4 orang yang terdiri dari rakan-rakan saya yang pada masa yang sama adalah klien eksperimen saya...

Ini bukan gurauan

Image
Bismillah.. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMUA. "Negara beli kapal selam pada masa rakyat tenggelam". Terngiang lagi akan petikan khutbah jumaat lepas yang cukup membuatkan saya ini tersentak akan kerealitiannya. Dimanakah Islam yang diketengahkan oleh pemimpin yang kerap kali mengungguli carta kemenangan pada setiap pilihanraya? Cara hidup Islam apa yang dipraktikkan? Islam telah disusun atur setiap aspek kehidupan seharian. Tiada cacat celanya lagi. Tapi dengan bangga di ubah sesuka hati. Itu munafik namanya. Hanya Islam tetapi tidak ikut apa yang telah diperuntukkan. Adakah kita perlu tunduk kepada kanun keseksaaan? Bunuh rujuk kanun keseksaan, zina rujuk kanun keseksaan, mencuri kanun keseksaan? dimana hukum Islam? adakah ia wujud atau ditenggelamkan bersama kapal selam yang dibeli? ataupun dikepil di dalam buku nota yang sudah berlapuk? HAH!, akibatnya sudah ada yang berani membawa kes MURTAD ke mahkamah. Beraninya... Kebelakangan ini kes murtad yang makin menjadi-j...

Tahun yang meniggalkan cerita

2007 meninggalkan seribu kesan keatas diriku pada hari ini. Aku menamatkan apa yang cuba digapai sepanjang tahun. Aku menamatkan pengajian diploma seawal januari tiba, kemudian mula tidak teratur dengan tujuan yang bakal dikejar lagi. Melihat kembali bulan diwaktu malam, tidak selalunya terang untuk kekal bersama menemani aku. Aku menganggur selama enam bulan dengan keadaan terhoyong hayang. Sebaik bangun tidur aku sering memikirkan apa langkahan seterusnya untuk aku meneruskan kehidupan di alam nyata setelah melalui mimpi-mimpi yang caranya seperti bulan, tidak selalunya indah. Pengangguran membuatkan diri aku serba tak kena. Aku mula terputus dengan dunia maya, kerana tiada akses internet dirumah. Buntu sepanjang masa. Sehinggalah aku berfikir dengan waras, itulah masanya aku perlu mendekati Allah. Selepas rumahku dipasang kelengkapan untuk berinternet, aku kembali aktif di halaqah.net. Aku sudah mula merancang untuk memperluaskan lagi dakwah IT. Jadi aku buat pelbagai latihan untuk ...

Ingat pada yang tidak bernasib baik

Image
http://hikmatun.wordpress.com/ Baru-baru ini kita diperdengarkan kisah yang menghayat hati saudara-saudara kita diluar sana. Yang terdekat , banjir yang melanda di beberapa tempat di tanah air kita sendiri. Jika sekiranya kita berada di dalam golongan yang bernasib baik, ingat-ingat la sama kepada golongan yang bernasib malang terutamanya saudara sesama Islam kita. Bagi yang berada tu, cuba-cuba membantu dari segi fizikal kepada yang terdesak memerlukan kewangan. Bagi yang tak berapa berada, boleh sahaja mengiringkan doa yang tak putus-putus kepada golongan yang tidak bernasib baik. Jika sekiranya kali ini bukan giliran kita untuk bernasib malang, mungkin akan datang kita akan menerima nasib malang. Malang tidak berbau, sebab itu lah kita dianjurkan agar mengingati dan membantu golongan bernasib malang. Sekurang-kurangnya apabila giliran kita tiba nanti, akan ada yang menghulurkan bantuan, dengan limpah kurnia dari Allah. Tetapi ini tidak bermakna kita lakukan amal soleh ini kerana ...

Bila Dahi BErtemu Sejadah

Image
BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, TERASA KASIHNYA YANG MAHA ESA, DALAM SUJUD KEHENINGAN PAGI, MENAGIH KEAMPUNAN ILAHI.. BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, MENGIMBAU AKAN DOSA DAN NODA, ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU, KEMBALI KE JALANMU YA ALLAH... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, TERASA KERDILNYA DIRI, LAHIR DARI SARIPATI YANG HINA, MENGABDIKAN DIRI KEMBALI KE PANGKUANMU... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, HAMBAMU INI BERDOA KEPADAMU, TETAPKANLAH IMAN HAMBAMU INI, BERILAH PETUNJUKMU yang AGUNG, AGAR BISA DIRI INI TAAT KEPADAMU.... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, HATI INI MERINTIH KEHINAAN, MASIHKAH ADA JIHAD DALAM DIRIKU, SAAT SAUDARAKU DIROBEK KEKEJAMAN, ADAKAH aku HANYA MANPU MELIHAT.... SEBELUM DAHIKU BERTEMU SEJADAH, SUJUD MENGHARAP KEAMPUNANMU, HAMPARKANLAH NUR HIDAYAHMU, LUNTURKANLAH KEHINAAN HAMBAMU INI, AGAR BISA KU BERDIRI DIHADAPANMU KELAK, DENGAN PENUH rasa BANGGA MENJADI HAMBAMU YANG KAMIL...........

Jangan Benci Membenci

Image
JANGAN BENCI - MEMBENCI Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua ...