Kedamaian

Hari Pertama di bulan Ramadhan menyaksikan seluruh umat islam mengerjakan ibadah puasa. Hari pertama ini juga kelihatan orang ramai berpusu-pusu pergi ke masjid bagi mengerjakan solat sunat tarawih. Masing-masing dengan niat yang sempurna untuk menambahkan amalan dibulan yang dijanjikan Allah untuk dilipat gandakan ganjaran pahala bagi mereka yang beribadah. Janji Allah sentiasa benar.

Kita bercerita tentang "attitude". Nampaknya ada sebuah masjid di tempat ini menganjurkan tazkirah. Walaupun tazkirah ini pendek, tetapi ia penuh dengan ilmu yang padat. Yang menyedihkan, masa tazkirah inilah segelintir jemaah sedikit-demi sedikit meninggalkan masjid. Seolah-olah mereka ini macam terpaksa sahaja memakmurkan masjid atas niat tarawih berjemaah. Wallahua'lam..

Ustaz bercerita tentang kebesaran Allah. Kenapa bulan puasa di cipta oleh Allah? ia sebagai mengingatkan hambanya yang sering lupa akan tanggungjawabnya di dunia. Dan inilah masanya orang yang sekadar ambil berat tapi tak beramal dalam ibadah akan merasai akan mulianya bulan Ramadhan ciptaan Allah yang hanya diperuntukkan hanya sebulan dalam setahun. Lihat kiri, orang jaga amalan, lihat kanan, orang jaga amalan. Atas bawah depan belakang semua masing-masing menjaga adab dan amalan semasa dibulan Ramadhan. Begitu indahnya jika suasana begini dipraktikkan pada setiap hari tidak kira bulan muharam, safar, januari, febuari, ogos dan sebagainya.

Kedatangan Ramadhan umpama sebuah rahmat yang tidak terhingga indahnya yang mampu mewujudkan kedamaian yang sempurna. Bulan Ramadhan adalah waktu yang paling tepat untuk kita membersihkan hati, memantapkan mutu ibadah kita dan juga mengawal diet untuk kepentingan kesihatan kita. Kerana bulan ini adalah bulan ibadah, bulan di mana syaitan dibelenggu, masjid-masjid diimarahkan dengan solat sunat terawih, iftar beramai-ramai dan beriktikaf di masjid.

Syaitan tiada, namun rakan baiknya iaitu nafsu masih bersama-sama kita. Akal pula berkawan baik dengan ilmu. Mereka akan berkompromi untuk menentang musuh yang tak disangka itu di bulan Ramadhan. Dengan Akal dan ilmu yang sempurna akan mewujudkan satu kedamaian untuk lebih bertaqwa.

Selamat menjalani ibadah puasa..

Comments

Anonymous said…
percubaan

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Harry Porter