Lahirnya Ubuntu Muslim Edition

Assalamualaikum wbt..
sungguh ku tidak sangka akan lahirnya OS ini. Ana memang tgh tunggu versi ini kerana negara arab banyak guna perisian Open Source. Diorang tak pakai sangan windows..
mari kita review sikit tentang teknologi ISLAM baru ini.

UbuntuME adalah singkatan dari Ubuntu Muslim Edition. Ubuntu Muslim Edition adalah software bebas (free), sistem operasi open source yang berbasis distro popular Ubuntu Linux.

Apakah keistimewaan Ubuntu Muslim Edition ini? Ia adalah satu-satu sistem operasi di dunia yang mengintegrasikan perisian Islam seperti waktu solat peralatan pembelajaran Quran, penapisan kandungan internet dan lain-lain. Edisi istimewa ubuntu ini begitu unik dengan pembaikan GUI, skrin awal yang kemas, GDM login, kertas didnding berunsur Islam dan Firefox bookmark untuk komuniti Muslim.


Apa itu Ubuntu?
Ubuntu adalah distribusi Linux yang popular saat ini, direkabentuk dengan tujuan untuk menggantikan Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang paling banyak digunakan di dunia.

Ubuntu dibangunkan dari komponen yang keseluruhannya bersifat "open source", dengan modifikasi utama untuk kemudahan penggunaan dan menghijrahkan pengguna komputer yang telah terbiasa menggunakan Microsoft Windows, sebagaimana boleh dilihat disini. Nama Ubuntu berasal dari Bahasa Zulu yang berarti kemanusiaan, yang telah meresap kedalam budaya masyarakat Afrika Selatan sebagai “penghargaan bagi setiap individu”.

Apa itu Ubuntu Muslim Edition?

Ubuntu Muslim Edition adalah kumpulan program yang memberi ciri Islamik bagi distribusi Ubuntu dengan menambahkan perisian Islami (jadual solat, program pembelajaran Alquran, penapisan kandungan internet, dll.) disamping mengubah penampilannya agar lebih tampak Islamik.

Ubuntu adalah distribusi yang canggih, mudah digunakan oleh pengguna awam, menyertakan aplikasi popular untuk Internet, perniagaan, pengolah gambar, dan video. Pengguna muslim tentu akan bersyukur bila distribusi ini sudah secara automatik mempunyai aplikasi Islami dan dokongan bantu lainnya.

Ana sudah gunakan Ubuntu masa zaman belajar dulu. Jadi perisian ni ana akan cuba pakai. Mai pakat guna open source.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Harry Porter