Posts

Showing posts from July, 2008

Akhirnya Wajah Baru dengan cendawan

Image
Setelah lama menyepi akhirnya saya membuat keputusan untuk mengubah sikit wajah blog saya ni. Ini semua adalah gara2 mempunyai sedikit masa terluang dan kehadiran komputer baru untuk pejabat saya ni. Saya hanya menggunakan 2 perisian utama iaitu illustrator dan juga Photoshop.. Dimasa yang sama sedang giat membuat design konsep dan menu makanan untuk restoran buger untuk sebuah syarikat bumiputera. Yang lemahnya, klien saya tu nak suruh saya sediakan menu sekali. Apa yang aku tau makan ajer.. Lepas doa2 dapat ilham nak buat beger berkonsepkan perisa cendawan. Kiranya cendawan adalah menu tulang belakang mereka. Nama Restoran ini adalah KOJEK. Lalu tercetus la sloga, Kojek - When mushroom meet burger. (Curi idea dari web grafik Deviantart - when art meet application). Kiranya selepas ini menunya berasaskan cendawan. Tak sangka dapat kerja macamni. Ingatkan lukis kan ajer.. huhu.. Oleh kerana pemiliknya memang suka berniaga, jadi saya pun turut suka untuk memberi idea. Kerana saya tak ak...

Gathering Halaqah.net

Image
Assalamualaikum wrt.. Kepada semua yang membaca harap dapat menghadirkan diri di perhimpunan halaqian yang pertama kali dianjurkan sepanjang 2 tahun lahirnya forum halaqah.net. Semoga urusan kita semua dipermudahkan olehNya... berikut adalah butiran agenda yang ingin dijalankan. TARIKH: 17 OGOS 2008 TEMPAT: MASJID AS-SYAKIRIN KLCC MASA: 10-PG TENTATIF PROGRAM: 10.00pg - Pendaftaran + Ucapan Mudir Halaqah + Suai Kenal - Muslimin sama muslimin begitulah muslimat.(asing) + Pelantikan Rasmi AJK Halaqah + Brainstorming ringkas tentang Matlamat dan tujuan Halaqah. Dan perancangan masa depan. + Memperkenalkan AJK Halaqah yang baru dilantik. Penukaran akan dimaklumkan. Datang bawa bersama teman dan juga ahli keluarga bagi menjayakan perhimpunan yang penuh makna ini. Ini adalah kali PERTAMA dalam hidup saya mengendalikan dan berhimpun dengan sahabat2 yang berada di alam maya cyber ini. Sesuai dengan tema halaqah "ISLAM UNTUK SEMUA". jom layari : http://halaqah.net/v10/index.php

Inilah dunia hari ini

Saya tidaklah pandai berbicara tentang politik tanah air. Tetapi menjadi kewajipan saya untuk mengambil tahu tentang senario yang berlaku sekarang. Apa yang kita dapat lalui, seolah peperangan moden sedang berlaku dengan rancak masa ini dengan masing-masing fitnah menfitnah, membuka pekong dan memburukkan orang lain. Pada pendapat saya, perkara macamni tidak seharusnya berlaku dalam pemikiran moden yang lebih matang dan profesional. Namun, isi durian kadangkala tidak sama. Mungkin itu adalah suatu kepuasaan cuma yang tersiratnya, mahu menjatuhkan orang lain. Perkara ini akan berbalik, jadi tak siapa pun akan terlepas. Jawablah dengan tuhan kelak. ************************************************************************************* Hari ini di pejabat tiba2 je ada buat penilaian prestasi. Mujur ada bos yang baik hati mudah hendak berbicara. Seorang demi seorang keluar masuk bilik meeting. Bila tiba turn saya, alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun agak ketakutan pada mulanya. S...

Proses daripada niat

Saya rasa harini la balik rumah paling lewat oleh sebab berbincang bisnes dengan rakan busines dan juga rakan2 saya yang lain. Harini juga saya banyak berkongsi pandangan dengan leader saya iaitu cik Erli. Seorang wanita yang kuat bekerja, yang perjalanan dia dalam bisnes ini adalah sama sahaja seperti yang sedang saya lalui sekarang. Dan tidak hairan jika diizinkan Allah, saya bakal berada ditempatnya. Juga saya amat senang hati untuk berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa dalam bisnes ini. Walaupun saya kurang meletakkan komitmen didalam perniagaan ini kerana saya mempunyai pekerjaan lain, saya masih lagi mendapat sokongan dari rakan2 seperjuangan saya yang hari2 tidak putus memberi saya semangat untuk terus berjaya. Saya selalu berasa agak lemah jika berkeseorangan. Mujur ada sebuah komuniti yang wujud dalam hidup saya dan membantu saya dalam mencapai matlamat hidup. Tadi banyak berbincang tentang kesungguhan dalam perkara yang kita niatkan. Kalini kami di seru untuk mendoublek...