Imbasan Ramadhan
2 hari lagi eidulfitri bakal menjelma menandakan tamatnya umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Dan Aku rasa tahun ini baik sikit dari tahun lepas. Mungkin kerana aku lebih bijak mengatur masa pada tahun ini. Ok, mula imbas balik aktiviti yang dilalui sepanjang bulan ramadhan. Kalau tak tulis nanti tak ingat yer tak. Di petang yang agak mempunyai masa lapang ni akan mengeluarkan semua isi kerana tidak berapa berkesempatan untuk menulis sebelum ini. Ramadhan kali ini juga merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di KLIA. Ni masa hantar abang aku la ni. kemudian tahun ni aku tengok fahmi adik aku sorang ni rajin pulak buat kerja rumah. Kena suruh agaknya. Ada la sikit gambar dia tengah kipas ikan. Seb baik tak hangus. Ni pun kadang aku tak kerja aku join kipas. Tapi tolong kejap2 ajer.. Ramai orang kata kuih kat KL ni mahal.. Hurm, aku rasa lebih kurang sama je macam tahun sebelum ini. Percaya atau tidak, aku masih lagi beli kuih pada harga RM1 untuk 4 biji. Namun tak semua tempat dap...