Ilmu baru
Animasi 3D merupakan satu industri multimedia yang berada di tahap teratas sekali dalam elemen2 yang diterapkan. Seperti yang kita ketahui, elemen multimedia mengandungi imej, animasi dan bunyi. Gabungan ke-3-3 elemen ini bakal membentuk suatu produk multimedia yang hebat. Inilah yang aku pernah pelajarai semasa di bangku kolej suatu masa dahulu. Kita telahpun terpikat dengan satu multimedia drama UpinIpin dan movie Geng yang dihasilkan oleh Team las copaque. Oleh itu, industri ini semakin mendapat perhatian oleh semua pihak. Jika ianya diteruskan, kita tidak lagi dapat menonton artis2 berpakaian seksi dan juga bersentuhan bukan mahram.
Selepas seminggu memuat turun perisian bersaiz 2.4Gb, akhirnya pada hari ini aku sempat menginstall perisian Autodesk 3ds Max Design studio. Setelah sekian lama memendam perasaan iaitu dari zaman kolej lagi, pada kali ini aku cuba merealisasikan cita2 aku untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D. Semasa di kolej dahulu, aku mencuba perisian bernama Autodesk maya 3DS. Namun pelajaran sekerat jalan berikutan komputer aku tidak mampu menampung untuk memproses perisian tersebut. Pada kali ini, aku sudah menyediakan keperluan komputer yang mencukupi untuk meneruskan cita2 ini. Cuma pada kali ini aku menggunakan perisian yang terkini supaya sesuai dengan keperluan masakini.
Tengoklah apa yang aku lukiskan tadi. Walaupun tidak menyerupai kepala paip seperti diingini, percubaan pertama ini bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan2 dimasa akan datang. InsyaAllah sedikit demi sedikir pelajaran akan dilanjutkan bagi melancarkan penggunaan perisian ini. Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehnya.
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Raihlah nikmat di malam lailatul qadar yang berada di 10 malam terakhir ini. Semoga kita mendapat tempat di syurga kelak. InsyaAllah...

Comments
Betul, betul, betul...:)