Ingin bermula berdikari
Jam 10.30 tadi aku bersiap untuk ke Majlis Perbandaran Subang Jaya. Pada mulanya, dalam pemikiran aku Subang Jaya merupakan tempat yang sibuk atau aku suka menggelarkan sebagai "Super Sibuk". Tanggapan aku meleset sama sekali kerana sepanjang perjalanan, trafik bergerak lancar. Semasa melalu jalan Persekutuan, aku masuk ke lorong motor. Sudah sekian lama tidak menggunakan lorong tersebut kerana kali terakhir ialah pada tahun 2003. Lorong motor tidak seperti dahulu lagi. Permukaan jalan lebih rata dan lebar. Cuma di beberapa kawasan masih lagi berlekuk. Dahulu lebih teruk, disetiap lorong pasti jalan berlekuk dan sempit.
Setiba aku disana, aku terus pergi ke kaunter pertanyaan. Maklumlah, satu apa tak reti. Aku terpaksa datang kesini kerana penukaran nama cukai pintu perlu dibuat dalam kawasan kerajaan tempatan. Selepas selesai, aku terus balik ke rumah tanpa singgah kemana-mana. Sampai dirumah aku tertidur...

Comments