Latihan tanpa wayar
Dari tajuk memang tak pasti apa maknanya. Sebenarnya pagi tadi aku pergi kursus mengenai Wireless LAN. Aku sedikit rasa kecewa sebab kursus itu lebih kepada pengenalan produk dan peluang perniagaan dalam rangkaian internet tanpa wayar. Aku suka berniaga, tapi aku kursus sebagai anak majikan. Jadi tetapan minda(mindset) tu aku ubah sekejap. hehe. Ada juga sedikit pendedahan mengenai teknologi terbaru yang sudah pun di lancarkan, cuma masih baru lagi di Malaysia. Ia adalah 802.11n. Kebiasaan wireless router yang kita beli di kedai komputer adalah berprotokolkan A,B dan G sahaja. Jika ada N pun itu merupakan versi belum dikemaskini atau pun lebih dikenali sebagai Draft. Protokol N mampu mengendalikan data 10 kali ganda dari biasa iaitu sehingga 600Mbps. G hanya 54Mbps sahaja. Network port pada komputer kita pun hanyalah 100Mbps. Pada program tersebut lebih banyak diterangkan bahawa suatu hari nanti wifi akan mengambil alih sistem rangkaian internet berwayar di komputer kita semua. Hurm, menarik...
Aku sampai dirumah jam 4 petang. Berehat sebentar menjamu ais krim jagung sambil menyakat anak-anak buah ku. Kemudian masuk kebilik tengok jam dah nak masuk asar aku g la masjid. Dengan izin Allah, aku bertemu dengan Hj Ismail. Masa nak pergi tadi aku tengok rumah dia tiada kereta lagi; mungkin belum pulang dari kerja. Masa tu aku rasa betapa sukarnya nak jumpa dengan dia. Akhir sekali Allah temukan aku dan dia di rumahNya. Balik dari masjid tu aku bagitau dia nak lawat tapak nak letak antena wifi. Dia pun bersetuju dan aku rasa sangat gembira kerana dah lama aku rancang nak letak kat situ bagi kemudahan penduduk yang menginap disekitar kawasan tersebut. Naik pakai tangga kayu yang bergoyang.. amat seram.. hehe..Ni gambar dari rumah dia. Bersungguh betul dia bagi aku naik bumbung, siap nak bagi paip salur wayar. Tak sangka betul. Alhamdulillah...

Comments