Zuhud vs Wahan

Assalamualaikum wbt..

Jalanku yang masih panjang. Tapi berapa panjang? Allahualam.. Harini dapat sikit ilmu dari kak zaiti tentang penyakit wahan. Penyakit ini adalah penyakit yang serius yang doktor mahupun jururawat tak mampu mengubatinya. Wahan berdiri pada maksud "Cinta dunia dan takutkan mati". Sesungguhnya diri ni baru je kenal istilah ni. Sungguh cetek pengetahuan ku.

Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.”Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?”Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati.

Yakni orang yang hatinya terpaut dengan dunia atau mencintai dunia. Sama ada dia boleh memiliki dunia atau tidak, sedikit atau banyak, maka ternafilah sifat zuhudnya. Antara dunia itu ialah harta, yakni yang berupa wang, emas, intan berlian, rumah, kenderaan, tanah, kebun dan lain-lain lagi. Atau pangkat seperti jawatan raja, perdana menteri, menteri, pengarah, pegawai tadbir, kerani, mufti, kadhi dan lain-lain lagi. Dunia ini sifatnya mempesonakan macam gadis cantik yang menggamit-gamit. Siapa yang terpandang semua akan jatuh hati. Jadi siapa saja yang memandang atau memiliki gadis cantik ini tidak lepas dari tertarik atau tergoda padanya. Begitulah juga dengan orang yang cinta dunia. Sudah pasti dunia itu akan mempesonakannya. Orang ini tidak akan dapat lepas lari dari ditipu daya olehnya.

Allah nyatakan hal ini di dalam firman-Nya:
Maksudnya: Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. (Al Hadid: 20 / Ali Imran: 185)

Allah juga memberi peringatan keras di dalam firman-Nya:
Maksudnya: Jangan sampai dunia itu menipu daya kamu. (Luqman: 33)

Tapi, berapa lama kita nak hidup? Adakah selamanya..? tidak bukan. Bila bermuhasabah diri, sememangnya diri ini da kena sikit penyakit yang serius ini. Kalau kata tak kena pun, cukupkah amalan di dunia ini untuk dibekalkan di akhirat kelak? iman ku akan menjawab ohh tidak... masih perlu diisi lagi. Dan pengisian itu TAK terhad. Lagi banyak lagi bagus. Bersyukur kalau ada peluang dapat bersama para syuhada dan anbiya di syurga Allah..
Terus diri ini mencari apa kontranya dengan penyakit wahan ini. Dah tentulah tidak mabuk pada dunia, dan mengingati mati(haram jika nak mati). Itulah ZUHUD. Oleh kerana sekarang jasad ini berada di dunia teknologi dan atas talian, dengan cepat dapat mengkaji sikit tentang perkara ini. Lalu berlaku lah copy paste disini bagi MENCARI pengertian zuhud.. :

1. Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.

2. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.

3. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

4. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.

5. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T. ( zuhud orang awam ).

( Dipetik daripada - Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus
M / S 274 - 276 )

*Aku dalam sehari dalam diri aku

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita