Mimpi Wanita

Turn of pc

Detik malam pukul 1 pagi ana masuk ke kamar tidur. Menutup lampu bilik, mencapai handphone di meja solek dan mendengar radio IKIM.FM. Bukak je, dengar hadis nabi riwayat bukhari dan muslim. Dengar la dejjay cakap arab yang satu pun aku tak paham. Tiba-tiba aku mendengar rentak muzik yang pernah aku dengar sebelum ini. Dan masa yang sama terasa asyik mendengar intro tiba ada laungan, "ibu...". Tersentap jiwa ni. Aku mula menjengah ke siling rumah. Memikirkan, apa itu sebenarnya ibu?. Aku terus dengar lagu tersebut.

Kenapa aku letak gambar penguin bersama anaknya pula? Kenapa tak manusia? Sebab blog ini ditulis untuk manusia berfikir. Itulah kasih seorang ibu. Tidak mengenal hidupan. Haiwan juga bersikap pengasih. Kenapa kita tidak?


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


Aku dipalit. Ibu la tempat aku mengadu, tempat aku suka, duka dan lara. Kasih aku kepada ibu menambahkan lagi rasa cinta ku kepada Ilahi. Dia yang mengurniakan ku ibu yang tak terhingga kasihnya. Akan ku bela perjuangan mu ibu. Aku mula rasa bagaimana jika aku kehilngan ibu, tentu tak terjawab. Ku mohon restu dari mu ibu.

****
Aku terlelap akhirnya.. Sebelum azan subuh, aku terjaga. Aku memikirkan apa yang aku mimpikan tadi. Rupanya aku bertemu dengan seorang gadis yang hadir menghadiahkanku sebutir cahaya yang terang di kala aku kegelapan. Aku tidak tahu apakah isinya hadiah itu. Dia lemparkan senyuman, dan dia nampak bersifat keibuan kerana sifat lembutnya. Aku begitu bahagia sekali melihat wajahnya. Wajahnya putih bersih(teringat wajah aisya dalam novel "ayat-ayat cinta"). Selepas memberikan cahaya itu, aku genggam dengan erat. Dia berpaling lalu meninggalkan aku di dalam kegelapan semula. Masuk ni da kali ke empat aku bermimpikan gadis itu. Yang sering hadir membawa cahaya. Yang menghadiahkan ku sinar keimanan. Aku lantas berfikir "adakah aku da gila nak berbini?"Moga aku tidak dilalaikan dengan mimpi-mimpi yang aku alami.

Comments

Anonymous said…
salam..ana tanye ayah angkat ana pasal mimpi nta tu..abi..nta kenal kan? dia cakap..suh pesan kat nta..belaja ilmu agama bebanyak lagi...sekian...
adeq_fauzy said…
ya, tak pernah cukup ilmu ni.
Sentiasa akan dicari. InsyaAllah..

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun