Islam & Muslim

Semua masyarakat Islam harus bijak memahami bahawa Islam adalah agama yang benar. Mengajar ilmu menerusi suluh Al-Quran, memandu akal manusia supaya kreativiti akal membawa kepada kebenaran. Kekuatan dan kelemahan pemeluknya bergantung setakat mana ilmu Islam difahami dan setakat mana ajaran Islam dihayati.

Sekiranya Umat Islam tidak mempunyai Ilmu, nilai penghayatannya terhadap Islam menjadi rendah. Islam adalah cara hidup. Bukan sekadar meletakkan Islam sebagai kepercayaan atau agama semata-mata. Islam adalah suatu agama yang menghasilkan cara hidup yang menuntut umatnya mempunyai ilmu dan sentiasa mengamalkan. Penegasan, tidak hanya mencari ilmu. Tetapi mengamalkan setiap masa. "Sia-sia apabila menghabiskan masa membaca demi pengetahuan sedangkan tidak beramal soleh. Orang yang mengamati Al-Quran sedar Allah memuji ilmu yang bermanfaat, tetapi ia mesti diamalkan. Buktinya, Al-Quran banyak menyebut solat, puasa, zakat, jihad dan taqwa berbanding ilmu. perhatikanlah!."

Islam tidak saja agama yang memberikan suatu sistem kepercayaan dan keyakinan kepada manusia tetapi ia mengatur kehidupan. Prinsip-prinsip dan pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran bermaksud memandu manusia menghasilkan ilmu bagi mengatur sistem yang lengkap.

Amat penting pancaran rohaniah dalam ajaran Islam yang menghubungkan masyarakat dengan faktor-faktor ghaibiyyat seperti Allah, malaikat, qada dan qadar, hari akhirat dikaitkan dengan tradisi ilmu yang menghubungkan dengan faktor-faktor ghaibiyyat dengan tanda-tanda kebesaran Allah yang banyak terdapat pada alam ini. Jiwa tadabbur harus dicetuskan bagi mengelakkan pengaruh sains dan teknologi barat yang berpotensi membawa masyarakat jauh dari tuhan dan agamanya.

Islam itu agama, Muslim itu penganutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita