Detik ditegur bersujud

Semasa ana sedang membaca hadith-hadith, ana terjumpa sebuah hadith yang mengingatkan ana kepada pesanan ayah ana kepada abang ana masa ana umur 8-9 tahun. Ayah hanya berkata, semasa bersujud, jangan jadi seperti anjing. Seperti kasar bunyinya, dan baru hari ini ana dapat tahu apa yang menyebabkan ayah berkata begitu. Mungkin ayah sudah jelaskannya, dan ana terlupa. Ana kongsikan kepada pembaca kenapa ayah ana berkata begitu :

Dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sempurnakanlah sujudmu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”
(hadith riwayat Muslim)


Huraian
Sebahagian daripada disiplin solat adalah melaksanakan setiap rukun solat dengan tertib dan sempurna bukan sesuka hati mengikut kehendak nafsu. Orang yang melakukan solat secara khusyuk boleh diibaratkan seperti sedang bermeditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah, bukannya pilihan manusia dan ketenangan yang diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah. Lebih daripada itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah. Salah satu kedudukan terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan itu darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza dengan sirshasana (headstand) yang dikenali juga sebagai Raja Yoga atau King of Yoga. Dalam kedudukan ini seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan di peringkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Ia sangat baik untuk kesihatan. Namun begitu kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Berbeza dengan sujud kebaikannya sama, tetapi sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Ringkasnya, solat adalah lebih baik daripada yoga mahupun meditasi kerana ia adalah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin yang kuat. Seseorang yang hendak bersolat wajib membersihkan jiwanya dari kesyirikan terlebih dahulu sebelum memasuki solat untuk mengesakan Allah S.W.T.

terima kasih ayah..

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita