Pembentukan kasih sayang penguat jiwa
Pernah mendengar suara ibu memanggil, katanya mahu minta di bantu, pernahkah kita berfikir dengan baik, adakah panggilan itu hanya untuk dibantu, itu adalah panggilan KASIH SAYANG dari seorang ibu. Tiap kali ingin pergi kerja, minuman susu pengalas perut sudah tersedia, tidak pernah aku meminta untuk membuatnya, Apa entah lagi pikul tanggungjawab sedia ada, hanya KASIH SAYANG yang memaksanya.. Pandanglah kebahumu, tapi aku bukan sentiasa ada disisi. Harini, sebuah hari yang agak merunsingkan. Kerana yang penat hanyalah otak pemikiran aku. sedangkan fizikal aku masih lagi mampu untuk membuat kerja. Adakah aku sedang mengelamun tidak tentu hala? Aku kerap memikirkan rancangan. Di suatu sudut, cuma tersenyum jika semuanya berjalan dengan baik. Namun senyuman ku bukan untuk aku, tetapi untuk semua. Ayuh mengusahakannya. Adakalanya ianya dirahsiakan, sambil melayani keindahan serta kehijauan pemandangan di UPM. Aku dan kerjaya, bukan sesuatu yang asing. Cuba menjadi diri sendiri juga bukan ...