Pembentukan kasih sayang penguat jiwa

Pernah mendengar suara ibu memanggil,
katanya mahu minta di bantu,
pernahkah kita berfikir dengan baik,
adakah panggilan itu hanya untuk dibantu,
itu adalah panggilan KASIH SAYANG dari seorang ibu.

Tiap kali ingin pergi kerja,
minuman susu pengalas perut sudah tersedia,
tidak pernah aku meminta untuk membuatnya,
Apa entah lagi pikul tanggungjawab sedia ada,
hanya KASIH SAYANG yang memaksanya..

Pandanglah kebahumu, tapi aku bukan sentiasa ada disisi.

Harini, sebuah hari yang agak merunsingkan. Kerana yang penat hanyalah otak pemikiran aku. sedangkan fizikal aku masih lagi mampu untuk membuat kerja. Adakah aku sedang mengelamun tidak tentu hala? Aku kerap memikirkan rancangan. Di suatu sudut, cuma tersenyum jika semuanya berjalan dengan baik. Namun senyuman ku bukan untuk aku, tetapi untuk semua. Ayuh mengusahakannya. Adakalanya ianya dirahsiakan, sambil melayani keindahan serta kehijauan pemandangan di UPM.

Aku dan kerjaya, bukan sesuatu yang asing. Cuba menjadi diri sendiri juga bukan sesuatu yang asing. Asing jika aku mengasingkan nya dari hidup. Sungguh asing serta aneh barangkali.

Dalam 20 jari yang ada pada setiap manusia, dihitung. Keikhlasan hati, tidak terhitung.

Langkahan kaki beserta air mata. Mengolah cerita duka dan suka. Suka tidaklah untuk bergembira. Cuma menjadi cuma. Barangkali dikecualikan. Atas sebab, sebab juga menjadi cuma dan tidaklah sehingga dikecualikan. Menunggu seorang insan.

Kepada Allah aku memohon pertolongan.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita