Cerita Basikal
Bila wujud komplikasi dalam perhubungan, pelbagai cemuhan akan berlaku. Begitu juga dengan perngorbanan, betapa sukar pun akan dikerjakan asalkan kembali kepada niat. Baru-baru ini aku cuba untuk menyelesaikan sesuatu yang hampir buntu. Buntu kerana sikap. Dan sikap itu kembali membuntukan segala usaha yang telah di fikirkan(berikutan tidak berlaku perlaksanaan yang sewajarnya).
Aku termenung seketika, melihat pemandangan kampung wira damai. Batu caves tidaklah jauh untuk dicapai. Hanya lebih kurang 100 meter sahaja dari pintu rumah. Ku lihat kehijauan yang sungguh menenangkan walaupun pokok2 hidup di bahagian atas macam rambut manusia. Cuma hukum alam di puncak bukit itu mempunyai tanah yang subur membuatkan aktiviti tumbuhan menjadi rancak. Dan di dindingnya rata, licin dan keras yang memustahilkan tumbuhan untuk hidup. Melainkan jika ada sedikit kelopak yang rata pada dinding itu walau sebesar tapak tangan untuk tumbuhan terus berdikari.
Pandangan ku tundukkan akibat dari tarikan suatu suara. Nostalgia masa kecil2 dulu kembali apabila melihat 2 orang budak menaiki satu basikal sama2. Seorang pegang handle, seorang kayuh. Yang memegang hande tu duduk diatas body basikal di bahagian hadapan dan yang mengayuh duduk diatas tempat duduk biasa sambil bersembang ala2 bertengkar kanak2 mengenai duit. "kau da bayar ke belum, aku da bayar dah..". Lebih kurang begitu la..
Cuma terfikir sejenak tentang keakraban dalam persahabatan. Dalam tengkar2 pun masing2 memainkan peranan untuk mengemudi basikal terus jalan menuju ke destinasi. Fikiran aku tercetus tatkala aku sedang memikirkan sebuah makna perhubungan yang telus. Bukan merujuk kepada Cinta fitrah.
Teringat pula masa aku menjadi agak ektremis dengan menaiki basikal seramai 4 orang sekaligus. Ada tu sampai duduk atas handle dan lagi sorang berdiri diatas pemijak belakang yang dapat penjuru besi tayar yang agak sikit tersembul. Ha.., masa tu la selipar akan cepat putus. Masa tu semua ringan dan tayar dapat bertahan walaupun da jadi macam tu. Kesian kat basikal..

Comments