Posts

Showing posts from May, 2008

Perkahwinan

Image
Bismillah... Dengan cuti sebanyak 4 hari, Harini rasa begitu penat menjalani beberapa aktiviti. Semalam sebaik sahaja sampai di kampung di Melaka, terus menolong di kenduri kahwin. Dan buat kali pertamanya aku menjadi seorang jurukamera video. Tak pernah lagi sentuh benda-benda ni. Malam akad nikah tu pengalaman terbaik agaknya. Oleh kerana peranan aku perlu hampir dan fokus kepada bakal suami(dah sah da sekarang alhamdulillah), jadi apa yang dia buat kena la rakam pada malam tu. Sebelum tu disuruh mengucao kalimah syahadah, rukun nikah dan nasihat2 lain. Beberapa kali juga nak sebut "aku terima nikahnya dengan mas kahwin ............". Sehingga bakal suami ni ditenangkan dengan berhibur bagi mengurangkan tekanan. Akhirnya buat kali ke berapa kurang pasti baru la selesai menjadi suami isteri yang sah. Kemudian si suami ni membaca sebuah teks sebagai perjanjian memegang amanah sebagai seorang suami. Tiba esoknya, jamuan seperti biasa. Ramai juga orang hadir memeriahkan majlis....

Penziarah Laut.

Image
Penziarah Laut. Lambaian kaabah membuatkan ku kepingin, Hanya merindui suatu hari merasai kaki sudah berpijak di tanah haram, Melihat kiblatku, merasai kebesaran Allah. Aku melihat dengan penuh rasa syukur, Mata yang mampu melihat, hati yang mampu menilai, jiwa yang mampu berdikari dan otak yang mampu berfikir dengan waras. Andai kata akulah siput, perlahan mana tidak akan ku putus asa, dalam menuju ke syurga, adakah landasan ku betul?, sekali lagi biarlah aku bermula agak perlahan. Kerana aku bukan jenis yang cepat dalam menangkap. Aku membuka dan melihat tapak tangan sendiri, tapak tangan mak dan tapak tangan ayah. Tapak tangan ayah yang kasar, Tapak tangan ibu yang lembut, Tapak tangan aku yang..... Aku tidak bercerita tentang fizikal, cuma membuat kan kita berfikir. Kenapa aku merujuk kepada tapak tangan. - suatu kewajipan. Jika ditanya kenapa "Penziarah Laut", bibirku melentur senyum lalu berbisik hati, hanya itu sahaja aku mampu masa ini. Aku melihat lautan kerana kagum...

Kos sara

Image
Saya cuma ingin melahirkan dukacita terhadap kenaikan harga beras baru-baru ini. Kejadian ini telah saya saksikan sendiri semasa membeli beras di sebuah pasar raya berhampiran rumah saya. Kenaikan yang cukup mengecewakan saya yang selaku perkerja swasta yang tidak dinaikkan gaji seperti apa yang dinikmati oleh pekerja-pekerja kerajaan. Cerita ini terdetik semasa bersembang dengan rakan baru-baru ini. Kenaikan demi kenaikan dirasai sama sekali oleh seluruh penduduk dunia walaupun yang berada di negara maju. Yang turun hanyalah hujan, nikmat serta rezeki dari Allah swt. Bermuka ceria wajah - wajah pekerja kerajaan dan tidak ketinggalan juga meremangnya bulu roma mereka selepas permintaan CUEPACS di persetujui oleh parlimen. Silapnya adalah, tumpuan mereka terlalu nipis mengecil. Adakah seluruh rakyat Malaysia bekerja dalam sektor awam.(bukan saya). Apabila gaji sudah sedap dinikmati, dacing kembali mengimbangi kenikmatan yang dirasai oleh kakitangan awam yang baru sahaja ingin merasai ni...

Bersama keluarga

Cerita semalam. Seluruh ahli keluarga ku ada dirumah. Termasuk la anak-anak mereka bagi mereka yang sudah berkahwin. Apa yang dirancang, adalah makan malam bersama. Bila sudah ada ramai budak-budak, mulalah macam-macam hal. Gelas terbang, pinggan terbalik, air tumpah dan sebagainya berlaku dengan sengaja. Kemudian ada berguling atas lantai, masuk bawah meja merangkak kemudian lari-lari pusing meja untuk beberapa kali. Macam marathon pun ada. Apa nak buat, dulu aku kecil pun agaknya nakal macam tu.. Seronok rasa nak kembali jadi budak kecil. Jam pun tak jalan kebelakang... Inilah aku rasa kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Bukan mudah nak semua ada sekaligus. Inilah masanya bersenda gurau kembali megeratkan ukhwah. Alhamdulillah, dengan izin Allah segalanya berjalan dengan baik. Cerita sebelum malam. Pada petang semalam, aku pergi bermain bola sepak persahabatan di kem Batu Cantomen. Oleh kerana datang pun sudah lewat, aku hanya dimasukkan pada separuh masa kedua. Alhamdulillah, aku...