Perkahwinan

Bismillah...

Dengan cuti sebanyak 4 hari,

Harini rasa begitu penat menjalani beberapa aktiviti. Semalam sebaik sahaja sampai di kampung di Melaka, terus menolong di kenduri kahwin. Dan buat kali pertamanya aku menjadi seorang jurukamera video. Tak pernah lagi sentuh benda-benda ni. Malam akad nikah tu pengalaman terbaik agaknya. Oleh kerana peranan aku perlu hampir dan fokus kepada bakal suami(dah sah da sekarang alhamdulillah), jadi apa yang dia buat kena la rakam pada malam tu. Sebelum tu disuruh mengucao kalimah syahadah, rukun nikah dan nasihat2 lain. Beberapa kali juga nak sebut "aku terima nikahnya dengan mas kahwin ............". Sehingga bakal suami ni ditenangkan dengan berhibur bagi mengurangkan tekanan. Akhirnya buat kali ke berapa kurang pasti baru la selesai menjadi suami isteri yang sah. Kemudian si suami ni membaca sebuah teks sebagai perjanjian memegang amanah sebagai seorang suami.

Tiba esoknya, jamuan seperti biasa. Ramai juga orang hadir memeriahkan majlis. Hari pula cerah dan ceria memudahkan lagi orang ramai menziarahi majlis ini.

Sebenarnya tadi terfikir apabila ada seorang makcik ni 'order' air basuh tangan. Aku rasa macam tak sesuai jika hendakkan layanan dari hujung rambut ke hujung kaki. Biarpun dia sebagai tetamu, seharusnya dia juga boleh memainkan peranan sebagai tetamu yang turut sama membantu melancarkan majlis ini. Ini hanya membuatkan aku berfikir dengan bebas sahaja. Hurm, macam2...

Aku sampai di rumah pada jam 6.30 petang. Selepas solat maghrib, aku pergi pula ke hotel di Kuala Lumpur bagi majlis makan malam bersama rakan2 masa sekolah menengah. Bila tengok masing2 sudah berubah. Ada yang kembang, ada yang kecut dan ada yang sudah berkahwin dan membawa anak. Meriah sungguh bila sudah lama tak jumpa. Masa ice breaking tu aku cuba perkenalkan diri semula. Tak semua kenal kerana berlainan kelas. Hanya ingat rupa tapi tak pernah bertegur. Faktor adalah mungkin kerana aku agak pendiam. Cuma pada malam ini aku agak lantang bersuara dan perkataan2 yang keluar dari mulut agak lebih tersusun berbanding suatu masa dulu.

Aku dikatakan makin kurus.
- Ini disebabkan banyak buat kerja sampai tak ingat nak makan. Berat menyusut dengan drastik semasa berada di kolej dahulu. Cuma sekarang semakin seimbang. Dan hikmahnya, aku berlari semakin laju dalam aktiviti sukan.

Aku dikatakan sudah lain.
- Ini mungkin kerana faktor usia. Dulu muka aku agak bulat + tembam + licin dan seakan kebudakan. Cara membawa diri mungkin juga.

Aku dikatakan semakin tinggi.
- Yep. Masa sekolah dulu aku yang paling rendah. Kalau beratur masa perhimpunan, depan sekali adalah tempat aku.. kira macam da booked. he...

itu sahaja la..

Comments

Anonymous said…
Asalamualaikum,
terpegun seketika saya membaca blog kamu.Tidak saya sangka sahabat yang telah lebih 10 tahun saya kenali ini mempunyai kebolehan dalam mengekspresikan luahan2 hati serta impian yang menggunung tinggi bagai ia nya akan tercapai tidak lama lagi.Selama perkenalan saya dan kamu,terdetik diminda saya, adakah kamu sahabat sejati yang dicari selama ini?jawapannya hanya saya dan kamu lebih mengetahuinya.Kamu adalah seorg sahabat yg baik.walaupun mengalami pelbagai tranformasi, tetapi tidak pernah terhakis jati diri sebenar MOHD FAUZY.maafkan saya jika sepanjang perkenalan saya dan kamu tertinggal secebis luka.terima kasih diatas segala nasihat yg diberikan.jaga diri hiasi peribadi.

"sahabat sejati bukan terletak
pd zahirnya tp pada keagungan minda dan ketulusan hatinya"

aku mencintai sahabatku kerana Allah.

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Harry Porter