Ulang Tahun Pertama

Bismillah..
Alhamdulillah...

Pintu rezeki yang di kurniakan oleh Allah SWT, bermula disini.

Hari ini 18 Jun 2008 genaplah setahun saya bekerja dalam bidang saya iaitu kena mengena dengan sistem perkomputeran, cuma penekanan lebih kepada teknologi rangkaian dan pangkalan data. Apa yang saya rasakan sesuatu yang manis sepanjang kerja tidak pernah stress atau pening kepala kerana tiada apa yang memeningkan pun disini.

Apa yang menjadi dugaan adalah destinasi kerana saya perlu mengharungi lebih kurang 80km untuk sehari pergi dan balik dari tempat kerja dan juga pejabat saya.(sekarang base saya di UPM, serdang). Begitu juga masa kerja selama 2 jam satu sesi. Terdapat juga kelebihan disini seperti bekerja tidak lebih 20 hari setiap bulan. Lantas dapat mengurangkan kos penggunaan petrol. Penjadualan 2 hari siang, 2 hari malam dan 2 hari cuti juga amat kompetitif dengan komitmen yang saya perlu berikan.

Semenjak saya bekerja disini, banyak yang telah saya pelajari bersama-sama rakan kerja yang lain. Oleh kerana saya yang paling muda(22 tahun), jadi saya rasa begitu kecil dari segi pengalaman dan juga kemahiran yang perlu di aplikasikan semasa bekerja. Terima kasih buat Bos yang banyak support w'pun jarang jumpa, Sani yang banyak bagi pendedahan tentang teknologi baru, Azahan yang suka bagi saya kerja mencabar(paling saya suka) dan juga team2 NOC yang lain yang banyak support saya.

Erti hidup dan cabaran-cabarannya banyak saya lalui sepanjang tempoh pekerjaan. Saya semakin menghargai masa, berfikir telus dan cepat untuk melakukan sesuatu. Boleh jadi saya semakin matang dalam mengharungi usia yang semakin meningkat. Cuma saya agak kurang bersosial kerana saya bekerja di base yang ada 2 orang je satu masa. Kalau ramai tu siang dan hari bekerja. Itupun tak tentu ramai atau melebihi 10 orang. Inilah rumah saya yang kedua.

Walaupun saya sibuk bekerja secara makan gaji ini, saya tetap tidak meninggalkan kerja sambilan saya sebagai programmer dan pereka grafik. Oleh kerana tiada pengkhukusan, ia sekadar menjadi hobi saya di waktu lapang buat masa ini. Dan saya akui saya kuat bekerja sebab kerja yang saya lakukan selalunya penuh minat yang mendalam. Sebenarnya antara sebab saya terpilih menyertai Sapura kerana kebolehan dan minat saya dalam programming. Ini diceritakan sendiri oleh Manager saya pada sesi penilaian prestasi bulan lalu. Namun ia sekadar hobi sahaja kerana sekarang saya sudah berada di bidang lain.

Saya mempunyai impian sendiri. Dan sekarang saya menuju ke impian saya. Saya akan buktikan yang saya mampu melakukan sesuatu yang terbaik untuk keluarga saya walaupun saya bukanlah seorang pelajar yang baik semasa di bangku sekolah dahulu.

Terima kasih Abah dan Mak yang tak putus-putus mendoakan anak mak yang serba kekurangan ini...

Destinasi ku..

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita