Pengalaman

Dugh!!, dughh..!, duughh..!!.. bunyi Genset yang berfungsi malam tadi. Sebaik sahaja pintu enjin dibuka, bunyinya semakin kuat sehinggakan membingitkan gegendang telinga saya. Ini adalah kali pertama saya masuk kedalam kawasan Genset. Genset adalah merujuk kepada "electrical generator" yang berfungsi menghasilkan tenaga elektrik sebaik sahaja bekalan utama dari TNB putus. Lebih kurang generator di pasar malam cuma saiznya lebih besar kerana perlu membekalkan tenaga elektrik secukupnya untuk segala peratalan elektrik terutamanya server client yang terdapat di pejabat saya.

(gambar merujuk kepada Genset. Tapi yang ni yang kecik punya.)

Agaknya saya seorang yang terlepas dengan peringatan tentang gangguan elektrik pada malam tadi. Saya diberitahu sebaik sahaja sampai di pejabat jam 8.00 malam. Dan pada masa yang sama Saiful dari shift lain turut hadir bagi mengendalikan Genset tersebut. Kira malam tadi saya tidaklah keseorangan seperti hari2 sebelum ini. Maklumlah, semenjak setahun lebih saya disini, tidak pernah lagi saya menghaddapi perkara ini. Ini adalah satu pengalaman yang saya sukar untuk dilupakan. Saya dapat merasai sendiri bagaimana jika saya bekerja di bilik enjin di dalam kapal2 laut seperti kapal minyak yang perlu menyemak kelancaran enjin di bahagian enjin yang sangat besar.

Dikesempatan ini, Saiful menyatakan hasratnya untuk belajar bahasa programming PHP dan MySQL dengan saya. Walaupun saya tidak berapa ingat tentang koding ini, namun apabila cuba membuatnya kembali saya terasa makin seronok. Alhamdulillah, ingatan saya masih kuat untuk mengingati kembali tentang konsep programming yang sudah hampir 2 tahun saya tinggalkan.

Pagi ini semasa pertukaran shift, Fahmi bekas partner saya membuka cerita tentang cuti di musim perayaan aidilfitri nanti. Agaknya tahun ini macamana ya. Harap dapat kami bercuti kerana pada tahun lepas kami hanya berdua kerja selama 6 hari berturut dengan kadar shift 12 jam!.

*********************************************************************************************

Sebaik bangun tidur dan keluar dari bilik, anak kepada Jamaluddin iaitu cucu kepada sepupu ayah saya bertanyakan sesuatu pada saya. "Pak Lang kata nak amik tapi atuk(ayah saya) takda rumah.. Abi pergi konvo atuk mana ntah pergi". Apa saya nak jawab. Tengah mamai baru bagun tidur. Iyakan aja.. he..

Terasa perbezaan antara saudara dari melaka dan pahang. Melaka merujuk kepada keluarga sebelah ibunda saya, dan pahang meruju kepada keluarga ayahanda saya. Apa ya perbezaannya?

Perbezaannya adalah suasana.

Jika saudara dari melaka, kesemuanya AMAT petah bercakap tak kira la sesiapa dari kecik hingga sudah menjadi seorang nenek termasuklah ibunda saya sendiri. Dan suasana ini amat dirasai kerana ada sahaja perkara yang ingin dipercakapkan. Suasana begini meriah dan sangat membahagiakan jika semua dapat berkumpul sama.

Jika saudara dari Pahang, kesemuanya AMAT pendiam dan menjaga tatatertib dalam berbicara. Biasanya bercakap bila perlu dan seperti agak2 pemalu sedikit. Jikalau bergurau senda pun, bahasa yang dilontarkan kemas dan terhibur yang tidak semua peringkat faham akan fakta yang disampaikan termasuklah saya.

Perbezaan yang amat ketara. Hendak membiasakannya, boleh. Tapi hubungan adik beradik tetap akan berat ke melaka. hehe.. Contohnya, jika kami sekeluarga balik kampung ke Pahang, gurauan kami sekeluarga adalah Melaka. Tetapi apabila bertutur dengan saudara mara di sana, kami berubah! bukan berlakon jadi baik ke apa. Cuma kadang2 kita kena sesuaikan diri kita di tempat2 yang tertentu.

*********************************************************************************************

Dah lama tidak berjumpa rakan-rakan bolasepak saya. Nak ikutkan ada masa, sebenarnya sentiasa tiada masa. Cuma penyusunan masa tu yang penting.

*********************************************************************************************

Minggu lepas mak beritahu jika ingin daftar untuk menunaikan haji pada tahun ini dengan lembaga tabung haji, giliran kita akan sampai pada tahun 2022. WAH!, selepas wawasan 2020 iaitu pada umur 36 tahun. Tahun lepas rancang hendak pergi sebelum umur 30. Atau sebaik sahaja beristeri. Cewah.. Tapi itu adalah sasaran saya sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita