Berkifir kecil

Semalam aku mendengar radio sinar FM tak silapnya ada kata2 hikmah dari dr Mohd Hj Fadzilah kamsah. Time tu aku baru je sampai pam minyak dan nak parking. Oleh kerana beliau seorang pakar motivasi, aku tak keluar kereta sampai dia abis cakap.

Antara ucapannya :
"Jika kita berfikiran rendah, maka hasilnya juga rendah. Jika kita berfikiran sederhana, maka hasilnya juga sederhana. Jika kita berfikiran Cemerlang, insyaAllah hasil kita juga cemerlang."

Walaupun kata2 nya ringkas, aku berfikir kenapa perlu kita berfikiran kecil. Tak lain dan tak bukan adalah wujudnya perasaan takut dan bachul dan mudah berpuas hati. Orang2 sebeginilah sukar untuk membangunkan nilai jati diri kerana kurang bermotivasi.

Aku dengan pantas menulis disini sekarang kerana baru sahaja mendapat berita tentang sahabatku yang menghadiri sesi temuduga pada pagi tadi. Berikut ialah dialog :

Aku : Macamana interview pagi tadi?
Sahabat : Aku rasa macam aku kena marah dengan dia jer..
Aku : Kenapa kena marah pula?
Sahabat : dia boleh offer aku keje kerani.. itu mmg cita2 aku dari kolej.. aku pon dengan pantas lah ckp nak.
Aku : Lepas tu camana?
Sahabat : last2 dier ckp aku ni undefined.. cam lalang...

Pendapat aku. Sahabat aku ni seorang pemegang diploma dalam bidang sains komputer. Adakah patut dia hanya bercita2 hanya ingin menjadi seorang kerani? Aku tidak mengatakan kerani itu adalah satu pekerjaan yang bertaraf rendah. Cuma aku mempertikaikan kenapa dia berfikiran rendah sedangkan keperluan yang dia miliki bernilai dan berpotensi. Apakah puncanya? inilah kelemahan remaja2 masakini yang mudah dan cepat berpuas hati dengan keadaan sekeliling. Hanya mahu mengecap hidup yang senang tanpa memikirkan sesuatu yang diluar kotak yang penuh dengan cabaran yang perlu disahut.

Semasa sesi temuduga, juri profesional kebiasaan akan mengambil pendekatan dengan menguji keupayaan pemikiran dan kematangan atau motivasi visi yang ada pada seseorang calon.

Apabila kita memikirkan sesuatu yang cemerlang, nescaya persiapan kita distruktur dengan baik dan mempunyai aliran yang sempurna bagi mencipta apa yang kita fikirkan. Kita tidak akan berfikir mudah, kerana sejak awal sudah berniat dan bersedia terhadap sebarang cabaran yang mendatang.

Geram betul aku harini. Sebab tu aku tulis suma ni dalam masa 10 minit.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita