Selamat semua
ULANGTAHUN ke-2!
Pejam celik, pejam celik. Harini, 18 jun 2009 genap 2 tahun aku membina kerjaya di Sapura. Kenangan manis? dapat bonus kot. he..
Dalam masa 2 tahun ni, aku sudah belajar tentang banyak perkara. Terlalu banyak meliputi pelbagai aspek lebih2 lagi menyentuh bab kehidupan dan semasa. Sejak akhir2 ni aku sering teringat kisah lampau yang meninggalkan seribu kenangan. Aku teringat masa aku menjadi pelajar suatu masa dahulu yang penuh dengan masa terluang. Aku kepingin masa yang terluang itu wujud pada ketika ini.
Tahun ini juga aku banyak berhabis duit, dan juga banyak menghasilkan duit. Manusia tak pernah cukup. Lagi besar periuk, lagi besar keraknya. Sebabnya, aku terlalu banyak belajar, dan terlalu banyak melakukan kajian dan terlalu banyak memenuhi permintaan orang lain. InsyaAllah aku akan bukukan hasil kajian yang telah aku jalankan selama ini berkenaan teknologi wireless.
Kini aku semakin hampir untuk kembali normal. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum menutup tirai situasi pada hari ini.
************************************************************************************
Baru sebentar tadi, aku menghantar slide show kepada klien. Tiap kali menghantar hasil kerja, pasti aku merasa debaran. Debaran inilah menjadi titik tolak untuk aku berubah atau mengekalkan prestasi hasil yang telah aku hasilkan. Lagi-lagi bab sebut harga. Aku ni kalau tengok orang tu macam kesian je dari harga asal mesti aku turunkan secara automatik. Kerana seringkali berfikir perniagaan cara Islam adalah mengutamakn keadilan dan menguntungkan kedua-dua belah pihak baik pembeli dan juga penjual dalam akad.
Terdapat 2 situasi yang boleh menjatuhkan, dan pada masa yang sama boleh meningkatkan prestasi jika dimanipulasi dengan kaedah yang betul. Ini merupakan pandangan dan pengalaman saya sahaja untuk dikongsi bersama.
1. Kerja anda di 'reject'.
- Dalam hal ini, istilah 'reject' boleh berlaku dengan beberapa cara tersendiri. Disini juga akan menilai mutu kerja anda.
2. Kerja anda di terima.
- Penerimaan biasanya berlaku secara normal dan semulajadi. Cukup dengan lahir senyuman sebaik sahaja muka pertama bahan yang kita hasilkan. Ia petanda yang amat positif untuk kita meneruskan atau menjadi penanda aras mutu kerja yang kita hasilkan. Jangan lupa ucap alhamdulillah. Berikut merupakan situasi yang berlaku pada fasa penerimaan mudah.
wallahualam.

Cerita dari pejabat :
Mulai minggu hadapan, aku tidak lagi kerja berkeseorangan kerana sudah ada staf baru yang akan digandingkan aku di konti. Jadi lepas ni insyaAllah semakin kurang bebanan kerja. Itu yang aku inginkan.

Beserdehana.
Adakah salah jika aku membuat keputusan untuk beserdehana dalam berbelanja?
Aku bukanlah orang yang lahir dalam keadaan senang. Puas sudah aku susah.
Dari bangku sekolah rendah lagi aku dah jual2 stiker yang dibeli dari pasar malam. Tiba hari cuti atau waktu petang aku menjual keropok, jambu, gula2, cokelat dan sebagainya.
Alhamdulillah, tiap kali pulang dari berniaga dapat sekitar RM5. Kalau kena cuti sekolah panjang dapatlah pendapatan hari2. Masa tu berniaga sekali dengan yuyu(jiran). Kitaorang bukak mcm gerai tak pakai payung. Berniaga bawah pokok mangga.
Masa berniaga tu sempat lagi lah main masak2.. haha..
Sampai sekarang aku suka berniaga. Mungkin itu sudah jadi darah daging. Bapak aku sendiri sampai sekarang jual keropok cekedis dan aiskrim pong kat tepi sekolah.
Manis, aku rasa manis sebab aku lalui semua itu dengan rasa syukur.
Syukur aku pada harini, untuk sentiasa mengingati orang lain yang berada dalam kesusahan..
Aku tidak pernah rasa susah kerana adanya "kebahagiaan" dari kasih sayang ayah dan ibu yang tak pernah putus asa menjalankan t'jawab. Baru petang tadi mak masak kuih kaswi, semalam kuih keria dan kelmarin kuih koci. Sikitpun tak mengeluh sekalipun sampai lecun berpeluh.
Aku akhiri nota ini dengan lafaz
Alhamdulillah..

- Klien melihat kerja kita dan diam.
- Klien melihat dan kata 'ok lah ni' dengan nada yang agak sinis. (rujuk air muka).
- Klien akan kata ok, tetapi terus mendiamkan diri selepas itu.
- Klien kata, ada beberapa elemen kurang sesuai.
2. Kerja anda di terima.
- Penerimaan biasanya berlaku secara normal dan semulajadi. Cukup dengan lahir senyuman sebaik sahaja muka pertama bahan yang kita hasilkan. Ia petanda yang amat positif untuk kita meneruskan atau menjadi penanda aras mutu kerja yang kita hasilkan. Jangan lupa ucap alhamdulillah. Berikut merupakan situasi yang berlaku pada fasa penerimaan mudah.
- Klien tersenyum dan;
- Klien akan sebut, "huh, menarik ni.."
- Klien akan kata, "Bagus ni".
- Klien akan kata, "Ok, berapa kos ni?"
- Klien akan kata, "Ok, nanti kalau nak tambah kita bagitau lagi."

Comments