Finalis

Ape pasal pulak aku ke kelab golf ni? adakah aku bermain golf? Atau pun saja lepak2 makan angin kat sana. Golf la sukan yang paling aku tak suka sebab nama je sukan, tapi tak berpeluh. Sama je macam snuker. Aku nampak ada sorang tu, dah pukul bola, pastu naik kete yang kecik tu apentah namenye pergi kat bola. Malas sungguh, apa la salah jalan kaki senam sikit.

Sebenarnya aku kira terpaksa pergi sana. Sebab nak berjumpa peguam atas urusan jual beli rumah. Rumah second hand jer. Pemilik rumah ni pengurus bank, jadi dia nak jumpa lawyer yang juga kawan dia nak bantu uruskan hal ni. Eloklah pakcik tu ada kawan dengan lawyer. Macam aku lagi ramai kawan yang keje dia laoyer buruk jer. Jumpa ni sain2 agreement tu je lah. Ada ke patut dia tanya aku selalu ke datang sini. Aku ni tak reti tendang bola kecik. Bola besar reti lah tapi pakai kaki.

Masa aku masuk tengok kereta hebat2. Merz, BMW, Jaguar, Rolls Royce, Mitsubishi Evo dan juga kancil. Ha, kancil tu lah kete aku. haha. Aku kalau nak buat pembelian, aku akan pinjam kereta adik aku untuk bersikap humble. Adakah aku hipokrit? Sebenarnya aku taknak orang ambil kesempatan terhadap aku yang tak berduit ni. Jadi aku kena lah siap sedia.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tempoh hari aku menerima email yang mengatakan lukisan logo aku tercalon sebagai finalis top 6 bagi pertandingan reka logo Kelab Warga Kerja Sapura. Pagi tadi lah aku pergi ambil hadiah berupa wang tunai. Walaupun tak menang, tapi aku rasa puas hati ada juga yang menghargai apa yang aku buat. Dari penilaian tadi pun aku dah sedar kesalahan aku menggunakan kod warna rasmi syarikat. Kenapalah aku tak alert perkara ni. Rasa rugi sangat.


Dengan surat ni, dapatlah aku berdiri kat pentas. Ramai juga warga kerja Sapura yang datang dari seluruh ahli kumpulan syarikat Sapura. Aku difahamkan yang pekerja sapura kini mempunyai 4 ribu lebih kakitangan dan akan bertambah lagi dimasa akan datang. Aku memanjatkan kesyukuran kerana aku ditempatkan dikalangan 4 ribu tadi dengan dikurniakan rezeki untuk bekerja. Memang takut sangat sebab sekarang ramai menganggur. Alhamdulillah...

Aku nak ke lowyat harini, nak beli satu set wireless untuk tambahan. Tu pun rezeki jugak. Alhamdulillah.. Dapat cek dari LHDN sebab terlebih bayar cukai. Tu pun rezeki jugak. Alhamdulillah.. Nanti slide show nak hantar nanti dapat duit lagi. Alhamdulillah.. Tu pun rezeki juga. Punya la banyak Allah kurniakan kita rezeki sedar dengan tak sedar jer. Kadang seposen dapat berkali2 pun leh berjuta dapat la kurangkan beban belanja kita.

Dah banyak harta, jangan lupa berzakat. Pastu banyakkan menderma. Ha ni baru khatib pesan tadi kat masjid.

Jadilah hamba yang bersyukur...

Comments

tahniah ye wpon xtercalon top 3..
atleast tcalon top 6
tahniah again! :D
-butterfly- said…
:: oo..
:: ko dah nak beli rumah rupenye ye?
:: patut la dah taknak cari keje lain..
:: dah selesa erk??
:: :p

^i|z|z|a|h_n|h|k|m^
adeq_fauzy said…
Alhamdulillah.., Rezeki..

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita