Bahaya betul..
kelmarin (rabu, 22 Julai 2009). Harini aku nak ke Pejabat bhgn sumber manusia dia Petaling Jaya sebab nak ambil surat pengesahan jawatan. Aku memutuskan untuk menggunakan jalan Lebuhraya Damansara-Puchong sebab ianya lebih mudah dan cepat kerana tak perlu masuk ke KL. Dari Batu caves, aku memulas pendikit dengan kelajuan sekitar 80km/h menuju ke destinasi. Semasa melalui Kepong, aku teringat seseorang iaitu kawan aku yang tinggal dikawasan ini. Di atas MRR2 tu aku dapat melihat KLCC, Menara KL dan bandaraya kerana jalan tersebut tinggi dari tanah. Lebih kurang 200 meter sebelum susur LDP, jalan tiba2 sesak. Kereta dari Kepong yang memasuki jalan utama membuatkan trafik bergerak perlahan kerana kepadatan kenderaan. Aku pun memutuskan untuk menggunakan lorong kanan berikutan lorongnya luas sedikit bagi aku yang menunggang motosikal. Jalan yang agak licin membuatkan aku lebih berhati2. Pagi ini, aku merasa tidak sedap hati entah mengapa agaknya.. Sedang aku menyusuri jalan itu, tiba2 kelu...