Bahaya betul..

kelmarin (rabu, 22 Julai 2009).
Harini aku nak ke Pejabat bhgn sumber manusia dia Petaling Jaya sebab nak ambil surat pengesahan jawatan. Aku memutuskan untuk menggunakan jalan Lebuhraya Damansara-Puchong sebab ianya lebih mudah dan cepat kerana tak perlu masuk ke KL. Dari Batu caves, aku memulas pendikit dengan kelajuan sekitar 80km/h menuju ke destinasi. Semasa melalui Kepong, aku teringat seseorang iaitu kawan aku yang tinggal dikawasan ini. Di atas MRR2 tu aku dapat melihat KLCC, Menara KL dan bandaraya kerana jalan tersebut tinggi dari tanah. Lebih kurang 200 meter sebelum susur LDP, jalan tiba2 sesak. Kereta dari Kepong yang memasuki jalan utama membuatkan trafik bergerak perlahan kerana kepadatan kenderaan. Aku pun memutuskan untuk menggunakan lorong kanan berikutan lorongnya luas sedikit bagi aku yang menunggang motosikal. Jalan yang agak licin membuatkan aku lebih berhati2. Pagi ini, aku merasa tidak sedap hati entah mengapa agaknya..

Sedang aku menyusuri jalan itu, tiba2 keluar sebuah motor terus memasuki lorong yang aku gunakan. Allah!! pangg! sreeetTTT aku membrek cemas. Aku menarik brek tangan dan juga brek kaki dengan kuatnya. Aku menendang tanah untuk menstabilkan kedudukan aku diatas motor. Aku yang memakai selipar, bagai nak terputus tali selipar yang aku pakai. Aku juga dapat merasakan terjahan tu membuatkan lutut kiri aku tersentak kuat. Aku hampir terjatuh kerana perlanggaran itu. Aku dah melanggar seorang penunggang yang tidak beradab kerana menukar lorong tanpa melihat belakang. Mujur motosikal yang mengekori dari belakang, tidak menghentam belakang motosikal aku. Alhamdulillah..

Ironinya, aku langsung tak rasa nak marah pakcik tu. Aku meneruskan perjalanan seperti biasa bagai tiada apa yang telah terjadi. Cuma aku rasa gementar kerana terlalu cemas bila mengenangkan peristiwa perlanggaran tadi. Sepatutnya aku perlu marah atas kelalaiannya. Aku pun tidak tahu kenapa. Aku cuma berdoa semoga aku selamat sampai ke destinasi..

Balik dari kerja, aku cerita kepada emak. Reaksi mak? wallahualam..

************************************************************************************

Pagi tadi aku pergi ke damansara utama. Sebelum ke bank, aku singgah di kedai alat tulis untuk photostat dokumen yang diperlukan pihak bank. Semasa ingin membayar di kaunter alat tulis tersebut, aku menyeluk poket belakang seluar aku. Baik kiri mahupun kanan kosong!. Aku mulai kalut seketika. Aku bergegas berlari ke tempat letak kereta. Setibanya di kereta aku, tidak kelihatan beg duit aku diatas kerusi penumpang depan. Aku mulai pelik, kerana semasa memandu tadi aku meletakkannya disitu. Bila aku menundukkan kepalan ke pintu pemandu, aku menjumpai beg duit aku yang separuh terbuka diatas tanah. Rupanya tercicir semasa aku keluar kerata sebentar tadi.

Kata orang lalai, aku pun lalai juga..

Selepas menunaikan solat Jumaat, aku membawa kereta adikku ke bengkel untuk servis. Selepas servis, aku pergi ke tempat basuh kereta untuk membasuhnya pula. Sudah sekian lama aku hanya menggunakannya tapi tidak pernah basuh walau sedikitpun. Semasa hendak membayar, aku terkejut apabila bayarannya hanya RM7. Bagi aku, ia amat murah. Kerana tempat lain yang aku pernah pergi harganya sekitar RM9 - RM10. Selepas membayar aku terus pergi ke seri gombak.

Tujuan aku ke seri gombak ialah ingin membeli peralatan pejabat. Pejabat? ya, aku tiada bangunan atau pejabat sendiri. Tapi aku rasa tak mustahil untuk aku mewujudkannya. Aku ingin menggunakan konsep Small Office Home Office(SOHO). Di dunia IT kini, segala kerja2 dan transaksi kewangan baik jualbeli semuanya berada dihujung jari. Cuma apabila kita ingin menunaikannya sahaja perli ke mesin ATM kerana aku bukan pengguna kad kredit. Dari dulu lagi, ini yang aku idamkan. Sebuah pejabat sendiri yang tiada erti kata pejabat sepenuhnya. Pejabat aku juga mempunyai katil dan meja solek. itulah SOHO.

Baru2 ini aku menerima lagi permintaan. Alhamdulillah. Aku bersyukur, pada masa yang sama aku memikirkan bila aku nak berehat? aku sudah terlalu lama begini. Sibuk sepanjang masa. Sehingga mak mengatakan aku ni jika cuti bagai tidak cuti. Aku tak pandai menolak, sebab aku terpaksa menerima. InsyaAllah lepas habis ni, aku ingin berehat dan jadi seperti manusia biasa sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita