Harini Ini dalam sejarah

BUAT PERTAMA KALINYA dalam sejarah aku bekerja selama lebih 2 tahun, inilah hari pertama pc yang aku gunakan di pejabat tidak ada sambungan internet. Walhal kerja aku adalah untuk memastikan talian trafik internet bergerak lancar setiap MASA!. Sehinggakan email yang merupakan alat perhubungan formal diantara pelanggan dan syarikat juga terputus. Betul2 sejarah. Sebenarnya, bukan aku je takde tenet. Satu pejabat takda internet. Semuanya buntu kehulu kehilir mencari ilham. Hoh, mencari ilham dengan bersembang tentang memancing, bolasepak, pasal kampung, pasal raya dan pelbagai lagi. Bukan curi tulang, tapi kerja kami memang perlu talian internet!. Aku?, dengan selambanya aku bermain game ni walau bos ada duduk kat sebelah..
Sejarah lagi satu inilah dia, bermain game depan bos dalam waktu kerja.

Oleh kerana tiada kerja, mereka pulang lebih awal dari biasa iaitu pada jam 3 petang. Tapi aku tak boleh balik awal berikutan kerja aku adalah standby sehingga jam 8.30 malam.

Di bulan Ramadhan ni kalau aku kerja sebelah siang, aku akan membeli juadah berbuka puasa di Pekan serdang. Harini tak ramai orang berbanding pada 1 Ramadhan yang lepas. Nak jalan pun susah. Sekadar membeli nasi lemak dan murtabak juga kuih muih untuk 2 orang makan. Alhamdulillah.

Sebelum sampai ke rumah, aku singgah di Danau Kota sebentar untuk bertemu rakan. Sedang enak bersembang dengan rakan dapat panggilan telefon dari mak.
Mak : Kau kat mana?
Aku : Kat Setapak(kawasan danau kota) mak. Kedai makan kat sini.
Mak : Kenapa balik lambat? Pukul Berapa kau nak balik.
Aku : Jumpa rakan niaga kejap. Sekejap lagi balik..
Mak : Kenapa makan?, mak da masak roti jala ni ha.(nada hampa).
Aku : Ye mak. Poji pun minum air kosong jer kat sini sebab tau mak ada masak.
Mak : Ok..

*Biasalah orang melaka bahasa rock sikit...

Aku pun mengundurkan diri dengan meninggalkan kawan aku dan juga segelas air kosong yang aku order tadi. Sampai je rumah aku buka tudung salji nampak ada roti jala. Alhamdulillah, aku pun makan dengan rasa syukur..

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita