Merdeka dalam erti kata


Penggeledahan berlaku di laman wikipedia sebentar tadi. Tercari-cari erti kemerdekaan yang sebenarnya. Adakah erti merdeka itu sesuatu yang pasif? dengan erti kata bebas dari penjajah. I said no kata orang putih. Itupun sudah mengambil bahasa penjajah.

"Merdeka is a word in the Malay language meaning independence. It is derived from a Sanskrit word used to designate former Portuguese and Dutch slaves from India in the East Indies, whence the Malay meaning of "free(dom)" is derived. The term was significant during the anticolonialist and pro-independence movements of the colonies of Malaya, Singapore and Indonesia, in the history of Malaysia, the history of Singapore and in the history of Indonesia. It became a battle-cry for those demanding independence from the colonial administrations of the United Kingdom and Netherlands."

Secara ringkas, cuba perhatikan satu kotak di dalam rumah. Kotak yang bergambar dan bersuara itu dipanggil Televisyen atau TV. Perkataan Television sendiri telah mengambil perkataan inggeris iaitu Television. Penjajahan bahasa terus berleluasa sehingga kini. Memetik dari syarahan Encik Azrin sewaktu di kolej suatu masa dahulu, setiap tahun kamus bahasa Melayu telah mengalami proses evolusi kearah kebaratan dan sering kali mengalami gangguan oelh pengaruh dan budaya dari sana. Bahasa Kebangsaan dalam semester 6 tersebut banyak mendidik akan betapa pentingnya mempertahankan bahasa yang satu-satunya ada di dunia ini.

Dari aspek kehidupan pula, remaja masakini banyak mengambil satu budaya yang kurang sihat dengan cedukan dan ramuan terkini mengikut kesesuaian ketimuran. Tidak ketinggalan dengan budaya ciptaan Malaysia sendiri iaitu rempit. Seolah budaya nonsense bergini amat gemar di serap oleh belia2 yang rata2 merupakan tunjang negara di masa hadapan.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi, pengaruh kurang sihat...

Selamat hari kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia!

************************************************************************************

Aku merasakan yang kini rakyat Malaysia tidak lagi patriotik atau cintakan tanah air. Di masa bangku sekolah dahulu, apabila tiba hari kebangsaan penuh bendera satu kampung. Hampir setiap rumah di pasang bendera. Apabila ke sekolah, aku lekatkan di beg dan juga songkok. Tapi kini tidak lagi, bendera lain pula berkibaran. Mengibar bendera Malaysia kini seolah seperti menyokong kerajaan. Adalah tidak adil jika di hukum sebegitu. Mungkin ada mengatakan, tidak semestinya mengibarkan bendera tanda tidak cintakan tanah air. Harap tak sekadar bercakap kosong. Politik gila kuasa kini menghantui negaraku..

Masa jalan2 di facebook tadi, aku terjumpa gambar keratan akbar masa aku sekolah dulu. Tak sangka ada lagi yang menyimpannya. Sedikit fakta yang dapat dikongsi. Sekolah aku bernama Sekolah Menengah Taman selayang. Antara sekolah terawal di mukim Batu. Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai pelajar berbilang bangsa. Bilangan pelajar Melayu, Cina dan India lebih kurang sama jumlahnya. Manakala pelajar berbangsa Singh merupakan minoriti dalam sekolah ini. Aku bersekolah disini dari tingkatan 1 hinga 5. Banyak kenangan pahit manis sepanjang berada disini. Paling pahit, Basikal hilang. Paling manis, banyak tak tertulis. Walaupun berbilang bangsa, perpaduan kami tetap utuh sehingga kini.


Masa ni aku tingkatan 4, iaitu tahun ke-45 negara kita mencapai kemerdekaan dari penjajah inggeris. Projek melukis jalur gemilang terpanjang ini dicetuskan oleh Allahyarham Cik Tahir. Beliau juga seorang yang sangat patriotik. Aku masih ingat lagi masa ni aku mewarna sambil bergurau senda dengan rakan2 sekolah lain. Alahai teringat pula kenangan sekolah dahulu. Sebab aku sekadar mewarna?, kerana aku tak pandai langsung melukis pada masa tu. Cuba cari aku dalam gambar tu. Klu : bersongkok.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita