Minggu lepas

Oleh sebab sibuk menau, tak dapat nak catat aktiviti minggu lepas.
Pada 1 hb ogos 2009, aku dan rakan2 kolej diundang bagi jemputan walimah anak ustaz ismail Jabbar di Melaka. Kami pergi 2 kereta. Pada waktu tu aku terpaksa tumpang kereta kawan sebab kereta aku bagi kawan pinjam. Jom tengok gambar.

Walau sudah 2 tahun lebih tidak berjumpa, tapi kami masih ceria bersama. Aku tengok ustaz sama je macam dulu. Cuma ketayap dia je kot yang baru. hehe. Oleh sebab Ustaz ni pekerja TM, maka semua warga kerja di jemputnya. Ha, apa lagi Pak Bakar kesayangan aku tu pun turut hadir memeriahkan majlis. Pak Ayub juga ada bersama. Mereka berdua ni berkepit jer dari dulu sampailah sekarang. Kemudian jumpa Pensyarah matematik(subjek yang paling aku tak suka) pulak. Tapi kitorang tak sembang lama dengan dia. Tak tahu lah naper.. Dalam gambar tu dari kiri, Hidayah, Aku, Ustaz dan Azrul atau lebih dikenali sebagai Tok penghulu sebab dia penghulu asrama dulu. Dia senior aku aka bisnes partner aku ketika ini. hehe.

Balik tu isk2... Aku pergi ke asrama. Bab ni yang rasa sedih sebab macam baru 2 hari jer aku tinggalkan tempat ni. Memang teringatlah. Ha, untuk pengetahuan semua(ceh macam ada orang lain yang sudi baca), inilah rupanya asrama aku dulu. Dan lagi satu, pada waktu ni je lah aku ada ambil gambar sebab masa belajar dulu pakai telepon yang berbunyi cengkerik ajer. Bawah signboard tu lah tempat aku tunggu bas "town bus" samada untuk ke bandar mahupun balik ke rumah nenek(arwah). Yang kat ujung bawah belah kanan tu tempat aku membasuh motor dengan kawan2. Kat berandar tingkat atas tu pulak tempat aku menjerit2 kat orang bawah. Kadang2 nakal(selalu) renjis air kat sape2 yang tunggu bas kat bawah. Bila terkenang balik, nakal jugak aku dulu. Tapi sekarang perut pun dah buncit tak leh nak nakal2 dah. hehe..

Ada lagi gambar.
Yang ni pulak, tangga untuk pelajar lelaki. Depan tangga tu pulak, tempat aku letakkan motor. Sebelah kanan tu bilik warden asrama iaitu pak ayub dan pak bakar. Tingkat bawah sekali bangunan ni menempatkan dewan belajar baik untuk pelajar kolej dan juga pekerja TM yang ambil kursus. Sepanjang aku belajar sini, pacuan 4x4 tu tak pernah aku naik pun. Yang selalu naik van TM dan bas sekolah. Aku pernah terjatuh masa naik tangga ni. Bengkak keting aku. Dekat kereta tu, tempat aku main futsal pada waktu malam. Memang banyak memain je lah aku ni.

Ada lagi... Inilah dia kubur cina di Bukit Cina. Memang betul2 depan asrama aku. Bila bangun pagi tu bukak je sliding door, nampak la kubur yang penuh kehijauan ni. Sepanjang aku duk sini tak pernah ada hantu pun. Kadang tu aku duk cari2 jugak sebab aku dengar citer orang jer. Kubur ni bukan ape pun. Sebenarnya dah jadi tempat riadah sebab disediakan trek untuk berjogging. Takda adab langsung joging atas kubur orang. hehe. Diatas bukit ni ada 2 kubur milik orang Islam. Panjang kuburnya, orang lama kot. Tapi takda tulis apa2 cuma batu nisan je mcm kubur orang Islam. Dan kubur tersebut dipagar. Dari puncak bukit ni juga nampak laut. Kalau ikut sejarah, tempat tu merupakan tempat tinjauan yang digunakan oleh penjajah iaitu portugis dan juga belanda. Dulu Melaka ni kecil jer, tapi telah ditambak sampai besar..

Lepas balik dari Melaka, aku mula mempersiapkan diri untuk kerja2 aku yang tertinggal. Di menara Masjid kat sebelah ni la tempat aku pasang antenna wireless untuk penduduk kampung. Masuk hari ini, dah 5 hari aku pasang. Tapi ada gangguan pokok yang menyebabkan data tidak sampai dengan sempurna. Hampir tiap hari aku naik turun menara ni. Tangga dia tegak keatas, membuatkan aku perlu menggunakan kudrat yang lebih untuk sampai ke puncak. Terima kasih kepada Pengerusi dan nazir masjid yang sudi bagi kerjasama. En Nazri pulak banyak tolong aku nak setup antenna kat atas ni.

Esok, aku nak mengecat rumah pulak. Haritu baru siapkan tingkat bawah jer, ni nak sambung tingkat atas. Semenjak duduk rumah ni, tak pernah nak cat. Bagi aku, berseri sedikit rumah tanpa perlu berhias. Ni je lah yang mampu aku buat kat umah orang tua tersayang.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita