Posts

Showing posts from January, 2010

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Image
Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya….. Sabda Rasulullah SAW ” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “ أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya ” ابركهن اقلهن مهرا “ Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya” Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya : “Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud ) Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad ) Pagi ni aku buka halaqah, aku tertarik dengan tajuk yang macam aku tulis tajuk kat sini. Kadang aku fikir, tak kesian ke wanita kepada lelaki yang kurang berkemampuan tetapi berkeinginan untuk berkahwin dengan si dia. Dan lelaki akan merasa tertekan pada masa yang sama perasaan itu tidak ditunjukkan dan akan mendiamkan diri. Aku cuba quote kan komen2 yang telah dibalas di tajuk ini. Apa pula kaitan tanggu...

Sebenarnya rindu

Malam tadi aku cuba meluahkan seperkara yang aku rasa sudah terlalu lama dipendam. Perkara itu satu sahaja, iaitu rindu. Aku rindu saat masa lalu bergurau senda, hidup semacam indah keluarga yang subur dengan kasih sayang sekalipun dialam maya. Hidup tanpa sempadan, tapi batas amat dititik beratkan. Aku luahkan pada beberapa hamba Allah. Nampaknya yang betul-betul faham adalah ustaz dan kak Wahida sebab mereka melalui sama seperti apa yang deria aku rasa, dengar dan alami. Aku rindu saat lalu walaupun aku hingga kini agak kurang pasti bilakah ianya akan terjadi semula. Hampir 4 tahun aku bersama halaqah.net yang sentiasa memenuhi ruang hidup yang penuh keceriaan. Ingat lagi suatu masa dulu dimana sering mengungkapkan "moga sihat dan ceria". Namun nampaknya agak tidak kelihatan. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada diri aku? ringkas dan mudah aku dah nampak sesuatu yang tidak biasa. Aku mencari konklusi, adakah penambahbaikan adalah boleh merubah segalanya. Bagi aku, inila...

Solo dan reaksi muka ketat dalam jemaah

Petang tadi aku tanya mak, mak buat goreng pisang ke kat dapur. Mak menjawab tidak kerana pisang yang ada masih terlalu mudah untuk dimasak. Tiba-tiba aku terasa yang aku merindui keledek goreng, lantas aku sampaikan keinginan aku kepada emak. Mujur keledek ada dan petang tadi mak sempat menggoreng keledek. Alhamdulillahh.. Keluar dari rumah, jiran aku teriak "Hai orang dah balik keje nak pergi keje ker.." Aku senyum dan menjawab yang aku kerja pada malam ni. Semasa enak memulas pendikit motosikal aku diatas jalanraya menuju ketempat kerja, sebuah kereta menghimpit aku pada susur ke Petaling Jaya. Pemandu kereta itu melambai tangan sebagai isyarat maaf. Sebenarnya aku tak ada rasa nak marah pun kerana jalan disitu agak sibuk.

Biasa saja dan Kalimah

Kebelakangan ni aku rasa agak serba tak kena, dan kadangkala aku rasa hidup ni semakin kurang isi-isi penting. Sabtu lepas, aku dikejutkan dengan berita kematian anak kepada sepupu aku. Umur sekitar 1 tahun lebih, anak bernama Rafi Adam telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4 petang pada hari tersebut. Sebelum tu ada dikhabarkan dengan penyakit demam panas yang dialaminya. "Usah ditangisi, sepatutnya perlu rasa bersyukur kerana anak ini pasti ke syurga." Kata ustaz yang membaca doa selepas jenazah selamat di kebumikan. Jenazah siap dimandi dan dikafankan di Sarawak dan dibawa pulang dengan keranda kedap udara. Apa yang pasti aku melihat keranda terpaksa dibuka dengan menggunakan skru. Kemudian, ada satu lagi lapisan kepingan logam yang di gam untuk menutupi keranda tersebut. Di dalam keranda terdapat kusen, pasir dan sudah tentu jenazah yang telah di kafankan. Aku fahamkan banyak prosedur terpaksa dilalui untuk membolehkan jenazah dibawa terbang balik ke Melaka. Alhamdulillah...

Berat hati memandang, berat lagi dipikul

Hujan mulai turun dengan permulaannya sekadar renjisan dan semakin aku bergerak ke selatan, ia nampaknya semakin lebat. Hujan itu rahmat, jika tidak dikurniakan rezeki sekalipun ia pasti ada hikmah disebaliknya ; barngkali terselindung tanpa sedar. Aku mengambil keputusan untuk memakai seluar hujan dan dipakai di stesen KTM bersebelahan dengan Masjid negara. Pada masa itu hujan kelihatan tidak terlalu lebat lalu aku memutuskan untuk terus memulas pendikit motosikal ku ke tempat kerja. Sebaik sahaja melepasi Nirvana, aku ternampak sebuah motosikal yang di tunggangi oleh sepasang suami dan isteri. Kelihatan kaki kecil di atas riba isterinya yang membonceng di bekalang. Rupanya ada seorang anak kecil sekitar umur 3-4 tahun terhimpit diantara kedua orang tuanya tanpa memakai topi keledar. Mungkin untuk mengelakkannya terkena hujan. Aku memotongnya dan melihat lagi keluarga itu, tidak ku sangka ada seorang lagi budak lingkungan umur seperti tadi duduk di bakul sambil menutup kepala dengan t...

Nak terus disini memblog

Aku merasakan, seperti ditempelak oleh rumah lama. Lepas berfikir lanjut, aku memutuskan untuk terus menulis blog disini. Aku ingin mencipta sempadan diantara perniagaan dan peribadi. Seronok kalau bercerita tentang kehidupan. Blog ini lah bakal menjadi satu medan untuk aku melunaskan idea yang terbenak di fikiran..