Posts

Hari yang kosong.

Image
Dengan rasa kecewanya, hari ini aku telah memutuskan yang harini sebagai hari "Aku takda apa menda pun". Tulisan kat dalam gambar ni tak sesuai sebenarnnya untuk aku yang tiap hari ada je kerja nya. Takda istilah tiada kerja dalam sehari. Cuma harini memang aku betul2 berehat. Walaupun dalam masa yang sama aku masih merancang apa yang perlu aku buat lepas ni. Selepas membuat perhitungan, ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Aku dah tak boleh berehat ketika saat genting begini. Perjuangan harus diteruskan. Antaranya ialah : 1. Selesaikan sistem hotspot menggunakan wifidog. Sebenarnya dah hampir jadi, cuma ada beberapa keperluan yang tak cukup. Berkaitan server yang berkomunikasi dengan client. Semalam aku baru je selesaikan upgrade versi baru. Alhamdulillah, dalam tergedek2 cari cara nak buat akhirnya jumpa. 2. Upgrade coverage untuk wireless dalam projek Kampungwifi yang aku buat tu. Ada user dan bakal user. Sasaran berikutnya adalah di kawasan penduduk apartment saujana....

Mencipta atau mengabaikan potensi?

Image
Semalam aku membaca sebuah posting mengenai kerjaya selepas belajar. Seorang sahabat saya ini telah saya syorkan mengambil kursus khas atau profesional. Memandangkan pengajian kami suatu masa dahulu dalam bidang sains komputer terlalu am, maka ia sangat tidak kompetitif untuk bersaing bersama orang lain yang berada dalam bidang perkomputeran. Kenapa istilah SANGAT saya tulis disini. Ia merujuk kepada perlambakan bukan sahaja bidang IT, malah semua bidang. Tanya saja siapa yang sedang menganggur ketika ini. Mereka adalah segelintir dari graduan yang telah mencipta potensi tetapi kemudian mengabaikannya. Perkara ini wujud kerana kurangnya kesedaran diantara kita tentang pentingnya persaingan sekarang, dan masa-masa akan datang. Saya lampirkan perbualan sedetik kami : sipulan, elok kau amik kursus profesional. macam Syah, dia dapat jadi programmer java. dasat tu. aku syorkan kau buat cmtu. sebab sn comp ni terlalu am. so kena la amik yang fokus macam java training program yg Syah buat se...

Apa yang kita perlu tahu

Image
Rupanya banyak juga kerperluan harian yang kita guna sumber dari luar. Mai la kita tengok mende.. Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana l...

Diam bukan bererti membisu

Image
Assalamualaikum wrt. Stelah sekian lama saya merasakan sudah terlalu lama saya meninggalkan dunia blog ini. Sebenarnya bukan blog ini yang saya tinggalkan. Saya masih menulis blog tapi bukan disini. ianya di kampungwifi yang pada masa yang sama saya menjalankan beberapa kajian tentang teknologi tersebut. Dengan yang demikian saya perlu menumpukan sesuatu untuk saya lebih fokus dalam apa yang saya kerjakan. Diam tidak bermaksud saya membisu sepanjang saya tidak menulis disini. Tiap hari curahan doa kepada yang Maha kuasa kita sering lakukan demi saudara2 kita dan agama Islam yang kian teraniaya setiap hari. Bertubi2 cerita sedih dan khabar kematian yang membuatkan kita bertitis air mata mengenangkan nasib2 saudara kita yang dibunuh seperti main game. Umat Islam kini perlu bersatu dalam menegakkan agama Allah yang sering diperlekehkan oleh dunia luar terutama yahudi. Saya ada sedikit cerita dari sebuah ceramah dimana suatu masa dahulu tentang bangsa yang kuat berdusta iaitu tak lain dan...

Fening

Image
Semalam aku pergi melaka menziarahi kawan2 aku yang sama2 belajar kat kolej dulu.. Suma aku tengok tak berubah. Macam tu jugak.. Cerita pasal mengecat. Aku ni da masuk 2 minggu mengecat rumah. Tak siap2 sampai la sekarang nih. Sebab aku buat bila ada masa lapang jer. Nak upah orang buat kos dia mahal lak. Dengan cara berjimat aku cat sendiri jer la. Sambil tu boleh la nak asah2 bakat mengecat. Yang sebetulnya nak cerita mengenai otak. Kebelakangan ni aku kerap sakit kepala. Kelmarin semasa main futsal aku terduduk sekejap sebab pening. Dulu aku penat macamana pun takkan pening. Sekarang kalo penat je terus rasa pening. Kadang taka penat pun leh pening. Kenapa yer. Esok la aku nak g klinik g cek apa yang berlaku dalam kepala aku ni... Susah.. Aku kadang tak berasa selesa disebabkan otak yang tersekat pening sebab menghalang aku dari buat kerja termasuklah mengecat. Tapi semua perkara ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin Allah nak suh aku rehat sikit dan kuatkan beribadat dari buat kej...

Proses kematangan

Image
Balik dari kerja malam aku bersiap dan terus menuju ke hq di mines. Memang memenatkan kena datang kursus yang mula jam 9 pagi. Oleh kerana aku keluar jam 8.40pg, maka aku la orang terakhir yang sampai kat bilik kursus. Masuk je aku tengok takde la ramai pun. 18 orang jer.  Aku, Zul dan din sahaja wakil dari datacenter. Lain2 yang ada ialah dari MIS dan Call Biz. Dorang ni meman hebat bersalji english nya kalau nak dibandingkan dengan aku yang tkedek2 lagi ni.. Diorang ni memang petah bercakap dan banyak idea. Sebenarnya lebih kepada apa yang aku lalui sepanjang program 2 hari tersebut adalah pemikiran. Program2 yang sebegini aku anggap sebagai twist kita punya pemikiran dan cuci sikit apa yang kotor2 tu. Aku pun da lama tak sertai program2 gini. Sebab sebelum ni tiada pun yang sudi jemput. Aku tertarik kepada soalan yang fasi tanya kepada aku. "apakah beza orang dewasa dan budak?". Aku jawab, mentaliti. Betulkah? sebenarnya jawapan nya adalah keperluan. Jadi jawapan aku kuran...

Hidup ceria itu satu kemestian yang perlu di cari

Image
Have a nice day. Mungkin bermaksud sesuatu yang menenangkan dan membahagiakan jiwa kita. Alhamdulillah dikesempatan ini saya mengambil sedikit masa pada jam 1 pagi untuk bercerita sedikit tentang kehidupan seorang lelaki berstatus bujang.. adoi.. hehe Selepas balik kerja haritu(lama dah tak update blog ni) terus menuju ke majlis berinai kawan saya dari kecil iaitu Faizal. Walaupun agak penat tetapi menjadi kuat untuk berkongsi kemeriahan majlis tersebut. Masa tu kena la sandang beg laptop walaupun berat takut pula nak tinggal dalam kereta. Malam tu juga ada paluan kompang dan selawat. Siang keesokannya iaitu hari ahad majlis kemuncak perkahwinan kawan saya ni. Ceria betul wajah dia. Maklumlah sudah mula merasa kemanisan dalam kehidupan dunia bersama isteri tercinta. Tengok je la sapa atas pelamin tu.. he.. Nak kata cemburu, rasanya ada sikit. Ye la, kawan baik da selesai. Tuan punya blog ni pula asik dapat jemputan ke majlis kawin rakan2 jer..hehe. InsyaAllah.. Yang hairannya, isteriny...