Posts

Showing posts from July, 2007

Hidupku

Image
Salam alaik.. maafla, harini posting lebih kepada peribadi. sebab tak tahu nak luah kat mana lagi cita ni.. Semalam genaplah satu bulan 2 minggu aku bekerja di server farm/datacenter Malaysia Technology Development Center(MTDC)-UPM. Berbagai perkara baru dapat aku belajar. Dari kosong, aku corakkan sedikit demi sedikit pengetahuan dalam bidang networking ni. Mula-mula masuk dulu rasa pening jer. Tengok buat configuration, ping sana sini trace cable, tape backup, server type, rack type, open zone switch, external punya, router yang besar, server tukun lembab, raid/scsi data, SAP dan firewall cisco yang aku tak pernah tengok seumur hidup depan mata dan juga server beharga lebih dari sejuta yang hanya sebesar 1m x 1m. Ditambah dengan kesejukan bilik server. Sekarang ni rasa da ok sikit sebab da biasa dan tak pakai baju sejuk lagi.. Dan sekarang aku pun sudah semakin memahami kerja-kerja di dalam ni. Mujur kerja aku ni mudah, tak pening nak fikir buat pelik-pelik macam programming(padahal ...

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Image
Saja nak kongsi. Melihat pada gambar di kiri ni, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya. Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut. Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak y...

Harry Porter

Salam ceria kepada sahabat-sahabat seperjuanganku yang menegakkan agama Islam bersama. Zaman modenan nampaknya sering mengelabui mata manusia-manusia yang sering sahaja menjadi bahana kelalain, kerugian dan kebodohan(3k) yang berpanjangan. Baru-baru ini lahirla sebuah novel yang dirasakan hebat dan termasyur. Tapi adakah kita merasakan ia begitu betul-betul hebat? Itu dia harry potter. Cerita mistik yang penuh dengan keajaiban. Apa yang dikesalkan adalah segelintir muslim yang hanya berusaha mendapatkan senaskah buku yang tak berfaedah itu. Inilah suatu daripada bentuk kepuasan yang tak disedari keburukannya. Kedai buku pula secara gila-gila menjual buku yang penuh dengan 3K tadi. Berpusu-pusu la manusia mendapatkannya. Cuba kita alihkan pula pandangan mata kita kearah kedai sebelah. Itulah dia kedai yang menjual kitab-kitab dan ilmu berunsurkan kefahaman Islam. Sedih, pilu dan terluka dek kelopongan dari buka kedai sampai tutup kedai. Yang menyedihkan ini adalah kebiasaan sebenarnya. ...

5 Perkara Indah Disebut

Image
Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang lima perkara iaitu : Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan ransangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kataorang tua, "kuman seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak kelihatan". Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dpaat memperbaiki kesilapan dan kekurangan kita. Menuding jari mengtakan orang tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tetapi 4 atau lebih lagi jari menuding kearah kita. Bermakna bukan orang itu buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan atau kekurangan diri kita sendir...

Aplikasi kelainan

Image
Baru-baru ini ana ada menghadiri sebuah bengkel penulisan novel di KL. Harap dapat kongsi sedikit ilmu yang melekat kat kepala ni kepada kesemua pembaca blog. Menulis ni adalah suatu perkara yang memerlukan sebuah pencetusan yang kritis. Namun ia tidaklah sebati dengan jiwaku. Tapi bila teringat balik tentang kelebihan yang Allah taala berikan kepada teman(saja tukar pula bhs perak) ni membuatkan teman berfikir panjang. Teman biasa buat kerja programming, lukisan vektor dan imaging skill. Secara jujur teman katakan tak pandai pun nak menulis blog apantah lagi menghasilkan novel(dengan izin Allah dapat juga memiliki sebuah novel sendiri). Teman berfikir tentang aplikasi dalam diri. Dimana aplikasi kelebihan yang teman ada ditempat yang lain pula yakni pada bentuk penulisan yang baik. Teman lihat pada bahasa programming teman perlukan sebuah idea utk menggerakkan penjanaan web. Teman sentiasa memikirkan supaya apa yang teman buat adalah mengikut citarasa ORANG LAIN. Teman perlu menjadika...

Tiupan Semangat Turki

Image
Mahkamah Persekutuan Turki pada semalam Khamis 5 Jun 2007 akhirnya menolak rayuan Presiden (Sekular) Turki Ahmad Najdat Qaisar dan partinya Parti Rakyat Republik Sosialis Demokrasi untuk membatalkan pindaan perlembagaan Turki yang di cadang oleh Kerajaan Turki dan Parlimen agar pilihanraya memilih Presiden adalah melalui pemilihan langsung oleh rakyat Turki. Enam dari 11 hakim menyokong membatalkan rayuan Presiden Ahmad tersebut.Ini bermakna calon aliran Islam bagi Presiden, Abdullah Ghoul dari Parti Keadilan dan Pembangunan akan mendapat laluan untuk bertanding jawatan Presiden Turki melalui pemilihan langsung dari rakyat Turki. Dengan kebangkitan dan kesedaran Islam yang semakin memuncak dikalangan rakyat Turki terutama golongan belia, Turki yang sekian lama diperintah dan dididik oleh kerajaan secular peninggalan Kamal Ataturk yang menjatuhkan Khilafah islam pada tahun 1924, kini akan menyaksikan perubahan pimpinan yang bersejarah. Sekiranya Abdullah Ghaul menjadi Presiden Turki, ma...