Tiupan Semangat Turki

Mahkamah Persekutuan Turki pada semalam Khamis 5 Jun 2007 akhirnya menolak rayuan Presiden (Sekular) Turki Ahmad Najdat Qaisar dan partinya Parti Rakyat Republik Sosialis Demokrasi untuk membatalkan pindaan perlembagaan Turki yang di cadang oleh Kerajaan Turki dan Parlimen agar pilihanraya memilih Presiden adalah melalui pemilihan langsung oleh rakyat Turki. Enam dari 11 hakim menyokong membatalkan rayuan Presiden Ahmad tersebut.Ini bermakna calon aliran Islam bagi Presiden, Abdullah Ghoul dari Parti Keadilan dan Pembangunan akan mendapat laluan untuk bertanding jawatan Presiden Turki melalui pemilihan langsung dari rakyat Turki. Dengan kebangkitan dan kesedaran Islam yang semakin memuncak dikalangan rakyat Turki terutama golongan belia, Turki yang sekian lama diperintah dan dididik oleh kerajaan secular peninggalan Kamal Ataturk yang menjatuhkan Khilafah islam pada tahun 1924, kini akan menyaksikan perubahan pimpinan yang bersejarah.

Sekiranya Abdullah Ghaul menjadi Presiden Turki, maka isteri beliau Khairunnisak akan menjadi wanita pertama Turki sebagai isteri Presiden yang memakai tudung bersama suaminya menjelajah merata tempat dan Negara mewakili wanita Turki, suatu yang digeruni oleh puak sekular Turki. Abdullah Ghaul sendiri adalah bekas Menteri Luar dan Perhubungan Negara-negara Islam pada tahun 1990an di bawah Perdana Menteri Najmuddin Arbakan. Ini bermakna beliau akan membawa Negara Turki yang selama ini menagih kesatuan dengan Negara-negara Barat di bawah Kesatuan Eropah kepada hubungan dan identiti yang lebih intim dengan Negara-negara Islam.


Presiden Ahmad yang berhaluan sekular dan partinya berhujah bahawa Turki mesti terus menjadi sebuah Negara sekular sejak ia mula diiklankan sedemikian oleh Kamal Ataturk pada tahun 1932. Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdoghan dan partinya yang berhaluan Islam walaubagaimanapun berpendirian bahawa Turki dan umatnya adalah Islam sejak berkurun lamanya dan hanya dipaksakan menerima system dan didikan sekular oleh penjajah Barat dan boneka-bonekanya. Apapun dakwaan berbagai pihak, Pilihanraya Umum pada 22 Julai ini akan menentukan sejauh mana semangat Islam yang telah tertanam di dalam diri dan masyarakat Turki terutama kaum belia setelah lama berdekad-dekad mereka hidup di bawah sistem dan pemerintahan kerajaan sekular.


Nilai kesedaran rakyat Turki sebagai suatu yang membanggakan dimana walaupun mereka dipaksa hidup dibawah Negara Sekular berpuluh tahun lamanya, namun usaha-usaha jahat terutamanya oleh Negara-negara Barat tidak mampu melenyapkan identiti Islam yang masih terpendam jauh dilubuk hati mereka. Kita masih ingat kisah-kisah pembunuhan ribuan ulamak, azan dalam bahasa Turki, Turki sebahagian dari Eropah dan sebagainya, namun berkat usaha gigih pendokong-pendokong Dakwah Islam melawan arus dan menghadapi tentangan, semakin ramai masyarakat Turki yang akhirnya kembali memahami dan menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bermula dari aqidah dan keperibadian diri hingga kepada pemerintahan dan sistem dalam Negara.


Jika keputusan Pilihanraya 22 Julai ini berpihak kepada Islam melalui Parti Keadilan dan Pembangunan, pimpinan Tayyip Erdoghan dan Abdullah Ghaul, maka kita mengajak umat Islam di rantau sini agar membuka mata dan mengambil pengajaran dari perubahan dan prestasi yang berlaku di Negara Khilafah Uthmaniah tersebut yang boleh disimpulkan dengan contoh-contoh berikut :1. Turki adalah Negara Islam yang paling kuat dirubah identitinya kepada Barat, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Kamal Ataturk dan kedudukan Negara tersebut yang hampir dan bersempadan dengan Eropah.


Namun ini tidak menghalang kesedaran dan penghayatan Islam dari bangkit di sana.2. Sistem perundangan dan pentadbiran di Turki sedikit sebanyak boleh dimenfaatkan ke arah memacu perubahan dan kemaraan Islam di sana. Namun begitu sistem ketenteraan Turki yang masih tunduk kepada arahan Barat tidak harus diabaikan kesan dan pengaruhnya.3. Sekiranya aliran Islam bangkit di Turki, maka nasig umat Kurdi di timur Turki akan lebih terbela dan gerakan dan slogan ke arah autonomi boleh dikurangkan pengaruhnya.


Ini penting agar umat Kurdi di utara Iraq kembali kepada prinsip kesatuan Iraq dan tidak menuntut autonomi yang akan memecahkan Iraq dan kekuatannya dalam berhadapan dengan Israel.Dari sedikit contoh-contoh di atas, jelas bahawa kebangkitan Islam di Turki atau dimana sahaja akan memberi kesan langsung dan tak langsung kepada umat Islam yang lain. Kita berdoa kepada Allah swt agar Dia memenangkan hamba-hambaNya yang bertaqwa dalam berdepan dengan orang-orang yang kafir dan munafikin. ”Wahai orang-orang yang beriman, berjihadlah kamu (berdepan) orang-orang kafir dan munafikin dan bersikap tegaslah terhadap mereka” (Al-Quran).

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita