Jerebu dan tambah lagi jerebu dalam paru-paru

Adalah satu pagi ni. Tiba-tiba aku terasa perlu aku memakai topeng kerana jalan semakin bergabus. Jangan disangka gabus yang indah dan dingin, tetapi itulah ASAP. Oleh itu aku pun terpaksa mengambil keputusan segera bak kata omputih as soon as possible kerana kualiti udara di KL ketika ini dalam keadaan tidak sehat.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Oleh kerana berita kata KL catat pada paras lebih 100, maka aku kena bertopeng walaupun agak janggal. Bila aku fikirkan semula, dinegara China lebih teruk dari Malaysia. Disana pejalan kaki pun memakai topeng muka. Kalau kita ingat sukan olimpik Beijing tempoh lalu, kerajaan China mengambil tindakan mengurangkan jerebu dengan menghadkan kenderaan yang keluar masuk ke Beijing. Sampai macamtu sekali kena sekat. Sebabnya memang dah tahap merbahaya setiap hari berbanding di Malaysia hanya ikut musim terutama El Nino. Tak pun jika ada kebakaran hutan terbuka di Indonesia

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Patut lah aku rasa sakit tekak macam perit. Lepas pakai topeng baru kurang sikit. Alhamdulillah.

Ni la gaya aku memakai topeng. Semenjak pakai topeng ni orang ramai tengok aku macam pelik. Bila berhenti kat lampu isyarat ker, ramai tengok aku termasuk layang dalam kereta. Ada budak kecil tu yang membonceng sampai menoleh kebelakang tengok aku pakai topeng. Aku lalu depan kedai makan pun suma tengok. Hahahaha, memang pelik. Sekurangnya aku berusaha mengurangkan dari mendapat penyakit. Ia adalah satu tuntutan agama. Mencegah. Da sakit nanti nak beribadah pun takleh. Time tu baru nyesal.

Tiap kali aku balik kerja, ada je hidangan makanan lazat. Hari2 leh kata mak aku buat kuih. Aku cakap suka jer, esok lusa terhidang kat atas meja makan. Penat2 balik keje dapat makan. Tengok tu fauzy, mak tak pernah kata sikit penat pun! Alhamdulillah.. sayang mak..

Jom kita tengok kuih.Ini namanya kuih Cara. sedap. Kalini mak aku buat ianya agak lembut. Memang sedaplah aku suka bangat sih.. Walaupun kuat makan, tapi aku tetap tak gemuk. Kuih ni mak aku buat banyak sebab nak bagi kat kenduri kawin jiran tetangga. Ni aku tak dapat makan sepinggan sebab ada kerja kena bergegas kelaur rumah.

Ini namanya kueh Keria. Menggunakan ubi kayu. Masa menenyeh, aku tanya mak napa ubi ni kaler unggu. Macam kaler kete aku jer. hehe. Rupanya itu dah memang kaler dia. Ewah, mak aku melubangkan kuih keria. Walaupun kaler dia hitam, tapi aku belasah sepinggan. Alhamdulillah..

Ha... Kuih ni baru je aku makan tadi. Sampai je rumah bagi salam dan bukak pintu terus tengok meja makan(aku seorang yang kuat makan). Tengok2 rezeki terhidang. Ini namanya kuih Ku. Baru kelmarin aku cakap kuih ni sedap. Tapi mak kata susah nak buat pastu kata tak reti. Rupanya siang tadi dia call Makngah aku nak tanya resepi. Isk2.. terharu tul lah.. Memang lazat. Aku makan 5 ketul sekali hadap. Mak kata tak jadi rupa dia, tapi aku rasa sedap jer. Pastu aku makan lagi 2 ketul menjadikan ia terkumpul 7 ketul didalam perutku.. Alhamdulillah..

Itu sahaja persembahan kuih dari saya.

Opps lupa, semalam kuih Abuk-Abuk. Kelmarin kuih Bengkang Ubi Halimah Jongang(adik aku bagi nama). Esok tak tahu kuih apa. Stay tune nanti aku update..

Haih.. Da macam blog resepi kuih muih pula dah...

Comments

sedapnyeeeeeeeee
nk ckett. huhu

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita