Reda buat seketika

Tarik nafas, hembus... Tarik.., hembus.. Alhamdulillah.. Aku masih lagi mampu bernafas dan berharap mampu meneruskan ibadah didunia ini. Ku lihat jam, sentiasa kedepan. Cukupkah masa yang ingin dikejar? wallahualam.

Sebaik sahaja server(seperti gambar disebelah), aku mula memikirkan adakah mampu aku lakukan sehingga ianya sempurna. Mungkin sebelum ini aku berpengalaman mengendalikan server, namun aku hanya menceburinya dengan agresif pada awal tahun ini. Dan pengalaman aku hanya mengendalikan user tak lebi
h dari 20 orang berbanding halaqah.net sekarang yang mencecah sehingga 400 user pada satu2 masa. Mustahil adalah subjektif, kerana ianya perlu di susuli dengan doa, usaha, tawakal dan istiqamah.

Server ini adalah kepunyaan halaqah.net yang disumba
ngkan oleh seorang hamba Allah swt bagi meneruskan halaqah.net terus berada di alam maya sebagai platform perkongsian ilmiah yang mudah dan santai. Dengan kehadiran server ini diharap dapat menampung pengguna halaqah yang kian bertambah dari hari ke hari. Halaqah tidak mampu lagi untuk terus berada dalam shared hosting dan sering di suspend kan kerana menggunakan resource sehingga melebihi had yang ditetapkan oleh pengendali webhosting.

Setelah menempuh pelbagai rintangan, akhirnya server ini bersedia walau tidak sepenuhnya untuk meneruskan perjuangan halaqah di alam maya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya dalam menyiapkan server ini. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi keizinan dan memudahkan segala kerja2 yang pada awalnya dianggap mustahil menjadi kenyataan. Tidak lupa kepada insan yang amat penting iaitu Ummi munaliza, ustaz Din, saudara Nursalim dan juga rakan lain yang turut membantu.

2 hari lepas, sempat aku pergi bermain bola atas jemputan en nazri untuk mewakili masjid an-
nur. Ikutkan tak mahu pergi, tapi oleh kerana aku sudah lama tak beriadah dan berjumpa kawan aku memutuskan untuk pergi bermain bersama mereka. Gambar sebelah ni dari kiri Sopi, aku dan abang aku no 2. Kami selalu bermain bersama dari kecil lagi. Jadi kami amat serasi apabila bekerja dalam satu pasukan. Masa gambar ini diambil sebelum permainan bermula. Muka nampak ceria jer. Kalau ambil gambar lepas main, muka kecut lesu kerana kepenatan. Tak molek lah.. he.. Perlawanan ini berkesudahan seri 2-2. Yang baju hijau kat belakang tu lah pengadilnya. Struktur permukaan padang yang keras membuatkan pergerakan dan larian aku terbatas. Macam pijak simen ajer.

Besok aku masuk kerja, dan akan kerja seperti biasa. Sekarang ni hanya perlu tengok2 keadaan halaqah moga berjalan dengan baik. InsyaAllah.. Esok juga aku perlu pergi ke Petaling Jaya untuk mengambil surat pengesahan jawatan. Moga hari esok lebih baik dari hari ini...

Comments

Asssalamualaikum wbt...
Tak sangka menyelongkar gooogle hari ini, terjump laman ini. Dah tu pula cerita tentang server. Sukanya dan tersenyum ummi membacanya.

Semoga kita terus bersama dalam rahmat dan kasih sayang Allah di dunia hingga ke akhirat.

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita