Ahlan Ya Ramadhan
InsyaAllah, esok aku dan semua umat Islam di muka bumi ini akan mula berpuasa. Jadi, istilah madrasah digunakan di dalam banner ini bermaksud dimana bulan Ramadhan adalah tempat kita mengasah skill kita untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah taala. Umpama sekolah adalah tempat kita belajar. Dengan erti kata lain ialah Ramadhan adalah tempat untuk kita meningkatkan iman dan juga taqwa. Seperti mana firman Allah swt di dalam surah Al-baqarah ayat 183 :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
Oleh itu marilah kita sama2 memanfaatkan kehadiran bulan ramadhan yang penuh bermakna pada tahun ini. Moga amalan pada kalini lebih baik dari sebelum2 nya.
Seperti yang aku rancang pada sebelum ini, aku telahpun meninggalkan kerja2 tambahan atau kerja sambilan aku buat sementara waktu bagi merasai kemanisan pada tahun ini. Kerja2 aku hanya akan disambung selepas Ramadhan insyaAllah.
Jadual kerja aku pun sudah berubah. Kini bukan lagi 8 hingga 8. Tetapi 8.30 hingga 8.30.
Dah hampir seminggu aku kesunyian. Maafkanlah kesalahannku selama ini. Mungkin aku terlalu banyak melakukan kesilapan dalam pertuturan mahupun perbuatan. Baiklah aku mendiamkan diri dari terus menyakiti hati. Jika sebelum ini PASTI dia akan bertanya jika terlalu lama diam. Tapi kini tidak lagi. Langsung tiada bermula dari jam 12.40 am 17 ogos 2009 hingga kini. Aku mula merasainya sewaktu sahaja masuk subuh. Setiap kali HP aku berbunyi, sentiasa aku ingatkan dia. Tiap masa membelek HP kalau2 ada mesej darinya. Namun hampa. Teringin aku hendak mesej, tetapi takut menganggu pemikirannya. Sukarnya nak menjadi yang terbaik. Kadang aku pun tak pasti apakah kesalahan aku. Hanya DIA je yang tahu. Aku disini sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraannya.
Comments