Tempahan kejayaan melalui derita
Sejenak aku berfikir, adakah mustahil untuk aku meneruskan kajian dengan menggunakan peralatan baru. Adakah mustahil untuk aku berjaya memudahkan kesemua yang aku perlu tempuhi. Adakah mustahil untuk aku menggarapnya. Yang hanya aku perlu katakan ialah TIDAK . 3 hari yang lalu, aku dan sahabatku pergi ke Plaza Lowyat di KL. Dengan harapan ingin mencari router baru yang jauh lebih murah dari router yang aku gunakan sebelum ini. Dengan kos yang rendah, aku terdedah kepada risiko mutu dan kebolehupayaan router tersebut. Dan dengan jaminan yang lebih pendek, iaitu setahun sahaja apa2 kemungkinan boleh terjadi. Ditambah lagi dengan kurangnya kajian dan pengalaman dari orang lain untuk dijadikan bahan rujukan, bakal menyukarkan lagi kajian aku pada kalini. Namun, hanya aku perlu katakan ialah YA , Aku mesti teruskan. Aku pasti boleh buat. Alhamdulillah, setelah 2 jam berhempas pulas, pada ianya selamat di "flash" kan perisiannya dengan menggunakan perisian pihak ketiga iaitu DD-WRT...