Makan atau memakan

Vroom...., Vrrooom.. Sambil menundukkan kepala bagi geseran rintangan angin lantas dapat menambah kelajuan motosikal berwarna putih aku. Brr.. tek.. tekkk.. bunyi motor aku yang bergegar akibat kerapuhan dek ditelan zaman. Oppss, traffic light bertanda merah di depan! Terus aku menekan brek sambil mendongakkan kepala bagi menambah rintangan angin lantas dapat mempercepatkan proses berhenti pegun. Mujur brek aku mencengkam dengan baik.

Agak lama aku menunggu lampu tersebut untuk bertukar warna. Aku lihat jam, seperti aku sudah membazirkan waktu di jalanraya dengan hanya berhenti tanpa berbuat apa-apa disitu. Kalau makan pun dah kenyang.

Terpaling aku ke arah satu iklan.
"Zakat, sudahkah anda menunaikan zakat? Sucikan harta anda dengan mengeluarkan zakat" Bagus betul iklan dari Pusat zakat selangor ni. Mentarbiyah pemandu2 yang berhenti lama disitu. Iklan ini boleh dilihat di lampu isyarat bersebelahan dengan JUPEM di Jalan Semarak.

Inilah kuasa iklan atau media. Ia mudah menyerap kedalam minda manusia. Tetapi malangnya terlalu sedikit usaha2 sedemikian rupa. Aku tak suka ambil ubat, tapi aku lebih suka mencegah.

Satu iklan yang menjadi tanda tanya. "Berbuka puasa dengan bestnya. RM50 seorang". RM 50 untuk sekali makan. Makan atau memakan? Memakan diri kerana wang ringgit dibazir dengan banyaknya disitu. Atas alasan, grand lah kononnya. Lepas makan hingga menggelembung perut, nak bersolat lepas tu tentu kurang kualiti. Bak kata ustaz kat masjid semalam, "ataupun tak solat". Mari membuat pilihan.

Mari ikut saya menyelam tanpa memakai topeng gas kerana Allah telahpun menyediakan oksigen di atas daratan ini tanpa lemas. Mendekati pelajar maahad Hasyimiah yang berbelanja berbuka puasa RM 200 untuk 100 orang pelajarnya. Atau senang kira RM2 setiap orang. Siapa mereka? Adakah kita mengenali mereka? Adakah kita cukup kenal mereka. Adakah mereka ialah.. Dah2.. Tak usah pening, mereka adalah hamba Allah juga sama macam kita. Cuma koleksi amalan kita yang berbeza2. Jom kita tengok gambar budak2 nih.


Gambar ni di tingkat atas iaitu ruang asrama. Di tingkat bawah ialah ruang untuk belajar. Mereka semua ni merupakan pelarian yatim piatu Rohingya iaitu bangsa yang ditindas dan sedang dihapuskan oleh junta tentera Myanmar. Mereka berteduh di Malaysia dan berstatus sebagai pelarian yang berdaftar dengan UNHCR. Rata2 umur sekitar 7 - 15 tahun.

Sekarang ni ada program fast2feed. Dialu-alukan bagi sapa yang nak menderma.
Maklumat lanjut kalau boleh jangan rujuk aku, tapi rujuk sini. Muslimaid. Selamat beramal.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita