Doa punya doa.. + istighfar lagi..
Tak sedap badan kalau miss sehari tadarus kat masjid kat umah aku ni. Sebab, tiap kali bertadarus, aku dapat belajar untuk memperbaiki bacaan. Rasa rugi kalau miss sehari, buatnya satu surah tu ada benda baru untuk dipelajari. Tak ke rugi...
Masa malam pertama Ramadhan, bacaan aku kira boleh bagi gred C lah. Hari kedua C lagi. Semakin hari semakin merosot bacaan aku. Selalu salah atau miss sebut huruf. Kadang mcm gelabah. Dari aku baca laju, langsung jadi perlahan dan tersekat2.
Malam ke-6, aku perbanyakkan istighfar untuk lebih rasa ikhlas dan mengikuti sunnah. Sebab aku takut lahir sifat riak untuk menunjuk2 menghadiri tadarus. Riak ni walau kecik, rosak susu sebelanga. Tak terima amalan kita.. nauzubillah..
Malam ke-7
Tak meningkat. Pun aku rasa tersekat dan rasa mcm tak kena aja dengan aku. Nak kata terlebih konpiden, aku rasa jauh la sekali sebab lain2 lebih hebat. Ni satu masalah, orang lain lebih hebat aku rasa aku ni kecik sangat.
Malam ke-8
Barulah aku lebih jelas, sifat rendah diri itu memang ada pada setiap mukmin. Rendah diri serendah2 nya kepada Allah. Allah saw lebih hebat dari aku dan juga kwn2 lain yang sekumpulan. Lepastu, aku rasa aku dan mereka2 ni suma sama ja, tetap hamba Allah. Dan aku jadi kembali yakin sikit dengan diri sendiri. Maksud aku, yakin untuk duduk sama2 belajar dan menghormati kwn2 yang lain.
Malam ke-11
Makin dah macam mengeja dah ni. Istighfar diteruskan dengan lebih tawadduk. Pastu aku tertinggal satu perkara iaitu doa. Aku mengadu pada Allah. "Ya Allah, kenapa dengan aku ni. Semakin hari semakin teruk bacaan. Aku ada buat salah ke ya Allah. Aku mohon kemaafan dariMu. Aku hambaMu yang serba kekurangan dan sentiasa ingin perbaiki setiap amalku. Ikhlas aku ingin mengikuti sunnah kekasihMu bertadarus bersama Jibril."
Kemudian aku istighfar lagi dan doa banyak2 kali. Aku mahukan jawapan kalau tak harini akan datang. Sebab aku nak repair segala kekurangan...
Allahuakbar!
Aku dah jumpa kat mana silapnya. Aku nak buat pengakuan jujur. Mentang2 la aku C, orang lain baca aku tak fokus pada ayat. Aku g belasah tgk sana sini, berangan, garu2 badan dan perkara2 yang melalaikan. Dalam majlis ilmu seharusnya memberi perhatian penuh, barulah ilmu itu meresap masuk kedalam otak. Memang aku sedar dalam malam ke-5 aku merasa makin menurun. Sebab aku mula meracau. Lepas aku sedar ni tadi, terus aku fokus. Alhamdulillah lepas tu dapat C semula.. Alhamdulillah..
Skejap je Allah tunjuk. Al-Quran itu perlukan perhatian, bukan sekadar dengar aje tapi berkhayal..
Istighfar + doa = gandingan mantap...

Comments