Manisnya gula kerana adanya lidah, manisnya amal kerana adanya...
Fuuhhhh.. mengeluh aku sebab aku tak tahu apa aku nak mengeluh dah. Datang Ramadhan membuatkan aku merasa penuh rasa syukur. Allah masih lagi memberi aku peluang untuk menyucikan hati yang kehitaman ini. Nafas yang sentiasa berkitar secara percuma. Dikurniakan bulan yang tiap amalnya digandakan tambah lagi hari yang lebih baik dari seribu bulan.
"Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan."
Para sahabat telah siap sedia sebaik menjelang bulan Rejab dan Syaaban sebagai persiapan menyambut Ramadhan. Diumpamakan, bulan Rejab masa untuk manusia menanam benih. Kunjungnya Syaaban untuk manusia menyemai benih-benih tersebut supaya terus subur. Penyudahnya Ramadhan untuk manusia menuai nikmat-nikmat Allah yang tidak berbilang banyaknya. MasyaAllah.
Ramadhan, masih lagi kedengaran pembuangan bayi. Comel, bersih, suci. Apakah kesalahan yang dilakukannya. Suka aku pada haiwan, yang kasih sayangnya melampaui kemampuan manusia yang dikurniakan akal fikiran yang berganda istimewa.
Bulan ni juga jadual agak padat.
Seminggu selepas berakhirnya Ramadhan, insyaAllah bertemu dengan keluarga calon zaujah untuk menzahirkan keinginan..

Comments