Orang balik masjid, aku baru nak pergi..


Ramadhan pada tahun ni, aku dan rakan di pejabat mengambil keputusan untuk mengubah sedikit jadual kerja. Maklumlah kerja shift 12 jam, jadi aturan masa itu sangat penting. Waktu tugas kebiasaan ialah secara 8pg-8mlm-8pg telah ditukar ke 9pg-9mlm-9pg bagi melonggarkan sedikit masa kepada aku dan juga kawan2 dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. Waktu tersebut adalah yang terbaik setelah difikirkan, memandangkan lokasi kami yang berbeza2. Seperti aku, terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk ketempat kerja.

Masa aku kerja di mines, sempat juga lah solat fardhu isya' dan bertarawih berjemaah di masjid berdekatan rumah kerana dapat pulang awal mcm pekerja biasa yang lain. Jika shift siang sebegini di UPM, memang tak sempat lah gamaknya. Sampai rumah sahaja dah jam 10 malam.

Berbalik kepada tajuk, maksudnya masih lagi tergantung. haha. Ceritanya begini. Tiba sahaja dirumah terus aku bersiap untuk bertadarus di masjid. Pada masa itu orang sudah mula berpusu-pusu keluar masjid selepas selesai more untuk pulang kerumah. Pada masa itulah aku tiba. Amalan bertadarus merupakan antara amalan sunnah Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadhan.

Dari Urwah dari Aisyah katanya : “Boleh dikata, hampir tidak pernah Rasulullah saw. melaknat. Biasanya apabila dekat masa bertemunya dengan Jibril untuk bertadarus al-Qur’an, maka Rasulullah saw. banyak bermurah tangan lebih dari kencangnya angin yang berhembus.”

Al-Quran juga akan memberi syafaat kepada pembacanya di hari kiamat kelak.
Seperti sabda Rasulullah SAW,
"Bacalah Al Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya" (HR Muslim dan Abu Umamah).

Mengenai masjid diatas, ia bertempat di UPM. Setakat ni sudah 2 kali aku berbuka puasa disana. Pada kali pertama secara tak sengaja. Sebab berniat utk berbuka di pejabat sahaja. Betul2 nak melalui kwsn masjid, terus hujan yakni rahmat Allah turun dengan lebatnya lantas terus aku masuk ke masjid. Bila difikirkan, lebih banyak kebaikannya bila berada di masjid. Paling istimewa ialah solat secara berjemaah yang rata2 umat Islam jarang menyedari kelebihannya 27 kali ganda ganjaran pahala berbanding solat bersendirian.

Selepas zuhur karang aku nak mencantas dahan berdekatan menara masjid kerana gangguan signal wifi aku. hehe

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita