Mindset
Harini, semalam, lusa dan tulat.
Lama sungguh tak menyambung tulisan kat sini. Sekarang dah establish syarikat sendiri. Lihat harini, indah khabar dari rupa. Itu harini, untuk 12 bulan akan datang wallahualam. Tiap perkara yang kita lakukan harini, menjadi penyebab apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kesimpulannya, lakukan dengan istiqomah dan cuba berjalan tanpa mempedulikan noktah. Dipermikiran lain, seringkali aku agak berbelah bagi. Komitmen dengan pekerjaan sekarang atau perniagaan yang sedang dijalankan.
Selepas 3 tahun bersama dan memakan gaji, aku mula berkira-kira. Apakah yang aku dapat pada harini dari tindakan aku sepanjang 3 tahun yang lepas. Selepas buat kira2, aku merasakan motivasi aku semakin berkurangan. Aku tidak bekerja semata-mata kerana wang. Langsung tidak ia sebagai matlamat utama. Cukup bulan bayar hutang bukanlah prinsip kehidupan aku. Yang aku cari keredhaan, keberkatan, dan nilai2 yang berfaedah. Mujur ada buat kerja diluar sedikit. Sedikit sebanyak membantu menambah ilmu dan kepuasan berbakti kepada masyarakat. Amat puas..
Minggu lalu, aku amat dan sangat tertarik dengan tulisan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Beliau merupakan bekas CEO dalam Jcorp ; sebuah syarikat GLC yang superior. Artikelnya dalam utusan memang menarik minat aku yang baru saja nak mula berniaga. Diterangkan tentang apakah itu jihad bisnes dan wakaf korporat dan juga mindset bekerja untuk masyarakat sejagat. Memang meruntun jiwa aku membaca usaha yang telah dilakukannya. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari disini :
http://www.businessjihad.com/?p=2075
Selepas baca isi kandungannya, baru aku lebih faham sekarang. Adalah tidak perlu kita mengejar kekayaan sendiri, tetapi mengutamakan kekayaan sejagat. Ia sudah pun berlaku sebagai contoh Petronas. Memang tiada kapitalisme dalam Petronas, semua pekerja bekerja bersama untuk masyarakat. Setiap keuntungan diagihkan kepada semua. Toyota, sebuah syarikat automotif gergasi di dunia. Taukenya, hanya memeliki 1% sahaja pegangan dalam Toyota sedunia. Nak tahu lebih lanjut, pergi baca artikel tu. Positifnya, diterapkan untuk kita membezakan kerja untuk individu atau untuk masyarakat.
Hari penting semakin menjelang. Persiapan diri tidaklah seberapa jika hendak diukur. Cuma di utamakan ialah bagaimana nak mendidik diri supaya belajar. Setiap hari aku perlu belajar. Untuk menelan, tidaklah terus. Pasti dikunyah terlebih dahulu supaya lumat dan hadam lantas memberi manfaat kepada diri sendiri.
Sekarang, sekeliling aku mempunyai masalah dalam hubungan. Kerap kali mengundang ketidakpuashatian dan akhirnya diri sendiri yang terseksa. Sukar untuk aku jelaskan, pada hemat aku semua ini adalah ujian. Aku ingin menjadi yang terbaik, tidak mustahil akan jadi terbalik. Aku juga sering mendoakan buat bakal isteri, supaya dapat sama2 melayari perjalanan yang berliku2 dan sering menduga kesabaran. Apabila merasai keindahan terlalu lama, pasti akan tersungkur. Persolannya, adakah mampu untuk kita bangun semula tanpa dipimpin kerana tidak selamanya kita akan dipimpin. Inilah kelemahan hubungan sesama manusia..
2-3 hari ni aku rasa down sikit. No need to have fun. Just want all those thing back on track.

Comments