Susah nak nafas

Baru habis buat proposal. Sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi. Sesungguhnya memang aku cukup tak reti nak sediakan proposal ayat berbunga-bunga ni. Nak bagi pula kat syarikat well established. Bab kerja admin ni lemah gemalai.

Kalau tak buat, melepas. Mana pembantu yang sudi?

Terkedek-kedek juga la buat. Satu persatu ayat. Paling sensitif bila buat kontrak. Aku renung satu persatu walau mata dah kelabu.

Hamba duit kah aku ni? Sesungguhnya aku dah takda minat nak makan gaji. Serebelum, sereberum serta medula oblongata dah memberontak nak kan suatu perubahan. Nak tak nak, aku kena teruskan dengan apa yang aku buat sekarang. Aku kena kuat. Sesekali mesti aku terfikir,

"Kan best aku tak buat suma ni. Boleh lepak dengan aman.."

Aku rasa tu bisikan syaitanlah.

Tadi bincang dengan Abangah. Maybe dia akan sertai aku membangunkan Tunas. Aku impikan sesuatu yang indah. "Jumpa di puncak kejayaan!," dia tersenyum bila aku cakap begini. Tadi pula aku fikir nak bagi Fahmi atau Zirah untuk buatkan invois setiap bulan ke klien.

Fahmi akan uruskan bisnes wifi, Zirah akan uruskan kerja admin Tunas. Abangah, Project manager untuk System Migration. Mantap.

Ya Allah, kepala otak aku ni tak nak stop. Sekarang ni duk fikir potensi teknologi CCTV, HR system, Time sheet system.

Andaikata bos aku baca ni, terpulanglah. Bos aku pun dah buka bisnes sendiri kedai franchais Ani Sup Utara di Seri Kembangan. Bos borek, staff bawahan rintik.

Pagi tadi aku balik dari kerja, makan mandi lepas tu capai henpon layan Salah Al-Hashim. Kemudian berbaring dan terlelap.

Sekejap2 tersedar sebab susah bernafas. Macam tak sedap jer.

Petang ni aku rasa lagi.

Lepas maghrib tadi aku baring atas katil, terlelap sekejap kmudian tersedar sebab sesak nafas lagi.

Apakah petandanya ni..

Harap bangun pagi nanti sihat nak bawa keluarga pergi MAHA di UPM.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita